Ritorik Ulama, Logik Profesional
Kesempatan saya menjadi tetamu kepada pembentangan berhubung qualiti penghasilan susu lembu dari sebuah syarikat terkemuka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka selama 3 jam, amat menarik perhatian dan memanggil saya menulis . Grass To Glass, dipilih sebagai tajuk acara dan pembentangan dari saintis pemakanan tersohor D Anne Schaafsma dari Belanda, dan Dr Sergio Diaz Madero pakar Gastroenterology Kanak Kanak dari Maxico. Mereka membentangkan perbahasan, akan kelebihan susu lembu segar, atau susu lembu asli yang diproses baik dan bersih itu sangat penting kepada perkembanagan pembesaran kanak kanak. Sepanjang acara itu , majlis diselit dengan soal jawab secara langsung dengan keluarga Phat dan Isteri Reanne, penternak lembu yang telah mengusahakan ladang tenusu mereka yang sudah masuk 8 keturunan. Daam soal jawab secara langsung mengunakan SKYPE itu, beliau penuh bangga dan berkeyakinan tinggi dengan hasil tenusunya. 1. Beliau dapat membuktikan melalui data d...