Ritorik Ulama, Logik Profesional
Kesempatan saya menjadi tetamu kepada pembentangan berhubung qualiti penghasilan susu lembu dari sebuah syarikat terkemuka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka selama 3 jam, amat menarik perhatian dan memanggil saya menulis .
Grass To Glass, dipilih sebagai tajuk acara dan pembentangan dari saintis pemakanan tersohor D Anne Schaafsma dari Belanda, dan Dr Sergio Diaz Madero pakar Gastroenterology Kanak Kanak dari Maxico.
Mereka membentangkan perbahasan, akan kelebihan susu lembu segar, atau susu lembu asli yang diproses baik dan bersih itu sangat penting kepada perkembanagan pembesaran kanak kanak.
Sepanjang acara itu , majlis diselit dengan soal jawab secara langsung dengan keluarga Phat dan Isteri Reanne, penternak lembu yang telah mengusahakan ladang tenusu mereka yang sudah masuk 8 keturunan.
Daam soal jawab secara langsung mengunakan SKYPE itu, beliau penuh bangga dan berkeyakinan tinggi dengan hasil tenusunya.
1. Beliau dapat membuktikan melalui data dan saintifik, yang mana lembu tenusunya makan rumput yang dia semai sendiri. Tidak makan (haram) selain dari yang dia berikan dari rumput ternakan dan air dari ladang nya yang dikawal bersih.
2. Dia menunjukan, melalui hubungan secara langsung dalm suasana hujan lebat dan angin yang kuat, setiap lembunya ada sijil kelahiran dan kad kesihatan, ada nama sendiri setiap ekor lembu, dan nasab keturunan bapa dan ibu lembu tersebut. Bermaksud; dia tidak mengambil secara haram, walaupun benih lembu.
3. Tempat perahan susu, dan bekas, serta pengankutan, yang terlibat dalam membawa susu dibuktikan dengan data kawalan dan klinikal yang saintifik, bersih.
Semua persembahan dan amalan mereka ini meghasilkan pencapaian bertaraf dunia, dan tawaran mereka menjadi pilihan pengguna seluruh dunia.
Semua acara yang saya ikuti hari ini, mengingatkan saya akan kuliah kuliah Ulama Melayu, yang hanya berkisar kepada mereka yang belajar dalam satu disiplin Ilmu saja. Mereka (Ulama) ini menceritakan tentang hal 'Syubaha' dalam makanan dan dalam urusan jual beli, serta usaha ternak dan ladang.
Berhujah dengan Firman Allah dalam Al Quran " Hai orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada kamu"
ayat yang lain bermaksud "Hai Sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi" (Al-Baqarah :168)
Di perkuatkan dengan hujah Hadith, riwayat Abu Hurairah: Sabda Nabi." Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang orang mukmin seperti mana diperintahkan kepada para rasul, Firman Allah, "hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik baik dan kerjalah amal soleh, Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan"..
Berhujah dengan Firman Allah dalam Al Quran " Hai orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada kamu"
ayat yang lain bermaksud "Hai Sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi" (Al-Baqarah :168)
Di perkuatkan dengan hujah Hadith, riwayat Abu Hurairah: Sabda Nabi." Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang orang mukmin seperti mana diperintahkan kepada para rasul, Firman Allah, "hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik baik dan kerjalah amal soleh, Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan"..
Kisah seperti Imam Haramain dimuntahkan oleh bapa belia, kerana disusukan ibu susu yang makan hasil ternakan Syubahah,hanya jadi hiasan isi pengajaran, sedangkan ternakan atau usaha untuk bebaskan syubaha secara data dan saintifik tidak pernah dikemukakan atau amalkan. kadangkala mereka juga terlibat dalam kerja kerja ternak dan ladang Syubaha ini.
Kisah seorang Tabi'in yang makan buah epal yang hanyut ,lalu beliau berjalan mencari empunya kebun untuk minta halal buah yang hanyut, agar makanan yang masuk ke perutnya tiada syubaha, sering juga dicerita dalam kuliah kuliah para Ulama .
Akibatnya binatang ternakan dan tanaman sayuran yang diusahakan orang yang bersyahadah ini tidak mampu menembusi pasaran dunia, dan gagal menjadi pilihan pengguna. Hanya retorik kuliah yang kita dapat.
Berseloroh Dengan Dr Anne Schaafma |
Retorik Ulama dengan hujah dan 'Nas' itu, telah berjaya di logik oleh Profesinal , sekaligus menjadikan profesional berjaya merakam sejarah kejayaan, dan keyakinan awam.
Comments