RAHSIA PERKAHWINAN PANJANG
Kahwin ialah satu ikatan yang diamalkan oleh semua manusia sejak Nabi Adam lagi. Kisah Nabi Adam beristerikan Hawa telah terakam dengan jelas, dan menjadi iman kepada semua agama agama langit. Keturunan Nabi Adam, Khabil dan Habil terkenal dengan kisah perebutan isteri yang juga menceritakan bab kahwin. Kahwin ini adalah fitrah dan kehendak naluri manusia, sedap, nikmat dan indah ,Tapi macam mana nak kekal ikatan kahwin tadi? Ikatan perkahwinan ini akan diakui oleh semua bangsa dan agama didunia. Kisah perkahwinan raja raja dan pembesar dunia sering dijadikan kisah indah didalam novel maupun tulisan sejarah dunia. Amalan meyambut perkahwinan juga diamalkan dengan berbagai cara yang penuh bersopan berpegang tangan sambil disaksikan oleh pembesar atau ahli agama, sehingga zaman dunia sebelah barat menodai, dengan amalan rendah sopan dan moral semasa ikatan perkahwinan itu sedang berlangsung , mereka bercium dikhalayak, dan sehingga ada yang mengambil minuman memabukkan, ...