Gerakan koperasi penjaja mampu banteras 'Along'
Gerakan koperasi penjaja mampu banteras 'Along' - Zolkifly Md. Lazim BUKIT GELUGOR - Gerakan Koperasi yang dilaksanakan di Ropewalk Bagan sejak tahun 2007 bukan sahaja berjaya mencegah aktiviti 'along' ke atas kaum penjaja berwajib, malah Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) berjaya mencapai sifat hutang tak berbayar (BLR) kini. Penasihat KPATSBB, Zolkifly Md. Lazim berkata demikian pada majlis penubuhan jawatankuasa penaja Koperasi Penjaja Astaka Taman Tun Sardon di sini, semalam. "Tak guna kita hanya cabut risalah ceti haram ini atau halau mereka dari tempat berniaga kita kerana penjaja akan tetap cari along sebab perkhidmatannya cepat, mudah, warga emas atau yang blacklist bank pun boleh pinjam. "Tapi, kita kena sedia sistem pinjam meminjam yang jauh lebih baik untuk angkat suara serta martabat penjaja di negeri ini," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Ekonomi dan Pengembangan Usahawan ...