Meniaga Pilihan Pelanggan

Razak Hashim, pengusaha jahitan jalin kontrak dengan pasaraya
Makin ramai yang berminat berniaga, lepas sekolah saja, meniaga, Lepas kerja saja, meniaga. Kenapa berniaga? Pasti ramai akan jawab, nak berjaya, atau nak berdikari, atau nak freedom. Akan ada ramai mangkaq, yang berniaga nak kaya raya, jadi jutawan dan bilionair.

Jadi semua pun berniaga! Setelah berniaga , akan ramai pula tercari cari, macam mana nak lariskan perniagaan. Jual Char Kueh Teaw akan masak sehingga api menyembur ke bumbung.
Yang Jual Tom Yam, akan pasang lampu nion yang berwarni warni depan kedai.
Yang baiki kasut, akan letak kasut gergasi di gerai kasut.
Ada penjual kereta yang lebih kreatif, dengan meletak kereta tergantung pada dinding atas banggunan.. Semua ini bertujuan,  nak tarik pelanggan .

Saya bertemu seorang makanik kereta, yang minta khidmat nasihat saya.. Dia membaiki kereta mewah, Kereta penuh dalam workshop dan padang parking, serta atas jalan, semua kereta menanti untuk dibaiki. Perniagaan mekanik ini dapat sambutan, tetapi mekanik ini sentiasa bermasaalah,
Masalah kewangan.
Masaalah pekerja.
Masaalah pelanggan.
Masalah parking.  Pendek kata, semua bermasalah. 

Soalan saya untuk makanik ini. Berapa kereta yang mampu kamu baiki sehari? Dia agak lambat menjawab. Lalu saya bertanya dia dalam bentuk jawapan, 5 kereta?  Mekanik ini jawab, boleh la!

Soalan saya seterusnya . Kenapa kamu terima kereta begitu banyak?  Mekanik ini jawab, nak bagi pelanggan tengok maju dan bayak pelanggan datang, baru ramai orang datang ke workshop dia.

Seterusnya saya minta dia tanya saya , dan saya siapkan soalan. Kamu pilih  workshop yang banyak kereta atau yang kurang kereta? Setelah dia soal soalan saya, saya kata. Saya pilih workshop yang tiada kereta, supaya kereta saya siap cepat. dan lebih perhatian diberikan.

Saya nasihatkan kepada mekanik ini, jamgan guna kaedah restoran untuk pelanggan workshop kereta. Retoran dan Pasaraya, orang akan memilih ramai, sebagai penanda ada sesuatu yang spesialnya perniagaan itu, dan pelanggan akan bertindak,
jom kita cuba.
Kedai gunting pilihan pelanggan

Contoh satu lagi, kedai gunting rambut. Kita pasti pilih kedai yang tiada orang, dari kedai yang penuh menunggu.

Semua perniagaan boleh mendapat pelanggan, asal kita tahu , apa keperluan pelanggan..

Kata ahli philosopy kepada para Suksess:
Who told you it couldn't be done? and, what great achievement has he to his creadit that entitles him to use the word "impossible" so freely?

Kita tak boleh cat satu warna pada semua ....

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing