Nasi Lemak: Kaya Dengan Kos Rendah
Nasi Lemak Buah Bidara, Sayang Selasih Hamba Lurutkan, Buang Emak Buang Saudara, Kerana Kasih Hamba Turutkan. Nasi Lemak menjadi bahasa madah, bidalan, puisi, pantun, gurindam dan seloka dalam alam Melayu. Kini zaman pantas beroperasi telah membawa Nasi Lemak menjadi komersial dengan kos rendah kepada pengusaha yang kreatif. Sekitar tahun 1970an sehingga 80an, ada seorang pengusaha Nasi Lemak bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi. Dia menjual Nasi Lemak bersebelahan Bazar Penang Road, Pulau Pinang. Nasi Lemak ini dikenali dengan 'Nasi Lemak Lanca'. Nama Nasi Lemak Lanca ini diberi kerana penjual nasi ini menggunakan kenderaan Lanca untuk tempat meletak dan menjual Nasi Lemak. Nasi Lemak sedia dijual di Genting Balik Pulau Tauke Nasi Lemak Lanca seorang berbangsa Melayu agak kaya dan mampu memiliki tanah dan rumah hasil jualan Nasi Lemak. Beliau tinggal di Telok Kumbar yang jarak ke tempat jualan kurang lebih 15km. Beliau akan mengankut Nasi Lemak lebih dari 500 bu...