Nasi Lemak: Kaya Dengan Kos Rendah
Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba Turutkan.
Nasi Lemak menjadi bahasa madah, bidalan, puisi, pantun, gurindam dan seloka dalam alam Melayu. Kini zaman pantas beroperasi telah membawa Nasi Lemak menjadi komersial dengan kos rendah kepada pengusaha yang kreatif.
Sekitar tahun 1970an sehingga 80an, ada seorang pengusaha Nasi Lemak bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi. Dia menjual Nasi Lemak bersebelahan Bazar Penang Road, Pulau Pinang. Nasi Lemak ini dikenali dengan 'Nasi Lemak Lanca'.
Nama Nasi Lemak Lanca ini diberi kerana penjual nasi ini menggunakan kenderaan Lanca untuk tempat meletak dan menjual Nasi Lemak.
Tauke Nasi Lemak Lanca seorang berbangsa Melayu agak kaya dan mampu memiliki tanah dan rumah hasil jualan Nasi Lemak. Beliau tinggal di Telok Kumbar yang jarak ke tempat jualan kurang lebih 15km. Beliau akan mengankut Nasi Lemak lebih dari 500 bungkus setiap hari menggunakan bas 'Penang Yellow Bus'. Dengan menggunakan bas sebagai pengankut Nasi Lemak, kos nya murah dan tidak perlu tenaga untuk memandu serta tempat parking. Dari stesyen Bas Prangin yang kedudukan selari dengan sebatang sungai, untuk ke tempat berniaga sebelah Bazar ini, Tauke 'Nasi Lemak Lanca' akan menggunakan Lanca mengankut dan menjualnya.
Pelangan beliau terdiri dari kupu kupu malam, buruh pelabuhan yang bekerja malam, pemandu texi,
dan pengunjung sengkek Kelab Malam SUDI yang hanya mampu berbelanja murah.
Kita boleh lihat penjual Nasi Lemak mengguna pembungkus jenama 'Ibu' yang mengusai pasaran Lembah Kelang.
Ada Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, yang mana pengusaha mampu pajak tanah DBKL, dan membuka cawangan sehingga ke luar negara. Pekerja bagi susunan line kilang pembuatan.
Ada pengusaha Nasi Lemak Antarabangsa yang mempersembakan gambar gambar pembesar, tokoh koperat dan selebriti dunia pernah makan disana, dan banyak lagi pengusaha Nasi Lemak yang terkenal di Malaysia.
6 juta penghuni Lebah Kelang, 1.8 juta penghuni Pulau Pinang dan kepadatan penduduk semua bandar utama Malaysia, memberikan peluang begitu besar pada pasaran Nasi Lemak untuk kayakan pengusaha ini.
Anda bila nak mencuba Bussiness kos rendah dan memberi pulangan kaya......
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba Turutkan.
Nasi Lemak menjadi bahasa madah, bidalan, puisi, pantun, gurindam dan seloka dalam alam Melayu. Kini zaman pantas beroperasi telah membawa Nasi Lemak menjadi komersial dengan kos rendah kepada pengusaha yang kreatif.
Sekitar tahun 1970an sehingga 80an, ada seorang pengusaha Nasi Lemak bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi. Dia menjual Nasi Lemak bersebelahan Bazar Penang Road, Pulau Pinang. Nasi Lemak ini dikenali dengan 'Nasi Lemak Lanca'.
Nama Nasi Lemak Lanca ini diberi kerana penjual nasi ini menggunakan kenderaan Lanca untuk tempat meletak dan menjual Nasi Lemak.
Nasi Lemak sedia dijual di Genting Balik Pulau |
Pelangan beliau terdiri dari kupu kupu malam, buruh pelabuhan yang bekerja malam, pemandu texi,
dan pengunjung sengkek Kelab Malam SUDI yang hanya mampu berbelanja murah.
Kita boleh lihat penjual Nasi Lemak mengguna pembungkus jenama 'Ibu' yang mengusai pasaran Lembah Kelang.
Ada Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, yang mana pengusaha mampu pajak tanah DBKL, dan membuka cawangan sehingga ke luar negara. Pekerja bagi susunan line kilang pembuatan.
Pekerja sedang bungkus ratusan Nasi Lemak |

Comments