Posts

Showing posts from June, 2021

Rindu Alunan Syahadah

Image
 Hari ini 2 Zulka'edah/13 June 2021. Allah makbul doa aku. Sudah 5 hari, hati aku meronta untuk mendengar alunan syahadah.  Sejak PKP 3.0 bermula 14 hari lepas. Aku rasa sunyi dari alunan lafaz syahadah dari lidah mereka yang baru memeluk Islam. Beberapa malam 5 hari akhir ini juga, aku kategori yang jenis malas2 berdoa khusus, gagahkan diri berdoa dalam solat malam dan meratap kepada Allah, merayu supaya aku diizin melihat dan menyaksikan syahadah hamba2 yang kembali kepada agama fitrah. Ya Allah izinkan aku Ya Allah Izinkan aku. Ya Allah izinkan aku. Semalam jam 9.30. Selepas makan malam bersama Isteri dan anak2. Aku keluar memandu kereta Axia seorang diri ke pinggir laut di Pantai Bersih Butterworth. Aku singgah di pinggir laut yang sekarang ditimbun oleh bongkah2 batu besar untuk mengelak hakisan dari ombak.  Mata aku melihat laut luas terbentang. Masa yang sama, aku berasa tak ada peluang aku, di keluasan laut sebesar ini. Wahai Tuhan Sekalian Alam. Berikan aku pelua...