Rindu Alunan Syahadah

 Hari ini 2 Zulka'edah/13 June 2021. Allah makbul doa aku.




Sudah 5 hari, hati aku meronta untuk mendengar alunan syahadah. 

Sejak PKP 3.0 bermula 14 hari lepas. Aku rasa sunyi dari alunan lafaz syahadah dari lidah mereka yang baru memeluk Islam.

Beberapa malam 5 hari akhir ini juga, aku kategori yang jenis malas2 berdoa khusus, gagahkan diri berdoa dalam solat malam dan meratap kepada Allah, merayu supaya aku diizin melihat dan menyaksikan syahadah hamba2 yang kembali kepada agama fitrah.

Ya Allah izinkan aku

Ya Allah Izinkan aku.

Ya Allah izinkan aku.

Semalam jam 9.30. Selepas makan malam bersama Isteri dan anak2. Aku keluar memandu kereta Axia seorang diri ke pinggir laut di Pantai Bersih Butterworth. Aku singgah di pinggir laut yang sekarang ditimbun oleh bongkah2 batu besar untuk mengelak hakisan dari ombak. 

Mata aku melihat laut luas terbentang. Masa yang sama, aku berasa tak ada peluang aku, di keluasan laut sebesar ini. Wahai Tuhan Sekalian Alam. Berikan aku peluang menyaksikan syahadah hamba mu yang kembali kepada agama Mu.



Ya Allah izinkan aku, sekiranya ini masa2 terakhir aku di dunia mu. Maka, izinkan aku  menyaksikan syahadah hamba2 Mu yang kembali beriman, 

Aku dambakan semua ini.

Ya Allah, engkau telah anugerah aku segala kemewahan dan pangkat. 

Ya Allah, telah Engkau anugerah isteri yang baik serta anak yang sempura.

Ya Allah, aku mohon untuk Kau teruskan menerima doa ini. Aku rindu alunan syahadah mereka. Berikan Hidayah kepada mereka.

Pagi ini seperti biasa, ada jadual aku untuk dipenuhi. Dalam perjalanan dari Seberang ke Pulau Pinang, ketika menghampiri Jambatan Pulau Pinang. aku di panggil Isteri melalui  HP 

isteri  ;Abang ada mana?

Aku  ;nak naik Jambatan ke Balik  Pulau.

Isteri ;Ada orang nak masuk Islam di Klinik sekarang, balik mai sat.

Aku  ;Malam nanti lah. jawab aku.

Isteri  ;Malam, dia dah balik. tak jumpa dah.

Aku terus minta Najib supaya pusing kereta, balik ke Permatang Pauh.

sampai aku di Permatang Pauh, sini terletak Hospital Bersalin Muslimah atau DBM Hospital. aku terus dibawa masuk ke bilik wad bersalin. Aku melihat seorang ibu muda yang baru melahir anak berbaring di katil wad.


https://www.facebook.com/dbmhospital/

DBM Hospital ini aku bina 26 tahun lalu. aku menulis kertas cadangan merancang Hospital ini, ketika usia aku 18 tahun. Antara tujuan aku membuka hospital ini ialah berdakwah. Aku faham semasa aku menadah telinga ke kuliah, dan maklumat aku baca. Manusia akan ingat Tuhan semasa dia sakit atau ditimpa susah.


وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ

“Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.” (al-Zumar:8)

Pilihan aku buka hospital. sebab orang sakit akan datang ke Hospital. dakwah semasa mereka di Hospital akan lebih efektif.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

(al-Anbiya’: 35)

Hari ini Staff Nurse Jamilah yang bertugas, dia telah tunaikan tanggung jawab mengajak Erny Pana Leda 23 seorang  ibu yang sedang sakit melahirkan anak untuk memeluk Islam.  Selesai bersalin tengah malam, dia keletihan dan tidur sehingga pagi. Selepas dihidang sarapan, Erny meluahkan hasrat untuk memeluk Islam. tetapi ada beberapa kemuskilan.

Isteri aku dan semua Staff Nurse bersama di wad semasa aku menerangkan prinsip beragama kepada Erny penganut Kristien Protestan. Setelah selesai syarah aku. Earny melafaz Syahadah.

Pada malam pula aku ditemukan dengan Jacky Bin Jubin 36 tahun. dia berasal dari Kota Merudu Sabah. dia asal beragama Kristien. emak dan 4 keluarga seibu Jacky telah memeluk Islam.

 Sudah lama dia berhajat untuk memeluk Islam. Dia yang tinggal di Flat Seberang Jaya amat gembira bila aku membantu dia melafaz syahadah sekitar jam 9 malam tadi.

Allah perkenan Doa aku secara berganda, pagi satu syahadah, malam satu syahadah.

Jom kita berdoa !!!



Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan