Politik Tambah Bilangan
Perjuangan hidup aku untuk tambah Umat. 1. Buat Hospital Bersalin. 2. Ajak masuk Islam. Aku dikenali dengan 3 watak. Pengaruh masa lalu, warisan keturunan dan kesungguhan membentuk Psikodinamik aku, membolehkan aku berada di 3 karektor bergabung dalam satu pergerakan. 1. Aku seorang Usahawan 2. Aku seorang aktivis sosial & Dakwah 3. Aku seorang politikus. Watak ke 3 aku ubah suai. Aku ambil keputusan pada 2023. pencen politik parti. Berhijrah ke politik tambah lebih xtrem Sebab setelah dengan kuasa aku usaha sekian lama dan sekian banyak bantuan dan sokongan kepada Orang Melayu Umat Islam. Aku tidak tambah bilangan umat dan Islam. Melainkan mereka Melayu Islam bertambah dengan sebab mereka melahirkan zuriat. Pendekatan baru aku lakukan ialah meninggalkan Politik Parti dan menyertai Politik Rasulullah. Aku berjuang menambah umat Islam. Kerana ada janji Allah untuk aku. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُ Wahai ora...