Politik Tambah Bilangan
1. Aku seorang Usahawan
2. Aku seorang aktivis sosial & Dakwah
3. Aku seorang politikus.
Watak ke 3 aku ubah suai. Aku ambil keputusan pada 2023. pencen politik parti. Berhijrah ke politik tambah lebih xtrem
Sebab setelah dengan kuasa aku usaha sekian lama dan sekian banyak bantuan dan sokongan kepada Orang Melayu Umat Islam. Aku tidak tambah bilangan umat dan Islam. Melainkan mereka Melayu Islam bertambah dengan sebab mereka melahirkan zuriat.
Pendekatan baru aku lakukan ialah meninggalkan Politik Parti dan menyertai Politik Rasulullah. Aku berjuang menambah umat Islam. Kerana ada janji Allah untuk aku.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُ
Wahai orang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu...Surah Muhammad 7.
1.Sebagai Usahawan.
Sebelum ini aku percaya. Banyak wang dan berjaya dalam business akan tambah dan kuatkan Umat Islam. Dan aku telah berusaha menambah usaha business aku....
Aku juga usaha gabungkan usahawan Melayu Islam dalam semua saiz dan bidang. Kumpulan peniaga kecil. Kumpulan peniaga menengah. Kumpulan meniaga super.
Ada juga telah gabungan Penjaja. Ada juga gabungan Hospital Muslim. Ada gabungan peruncit. Ada gabungan pengeluar/pengilang. Ada gabungan peniaga F&B. Ada Gabungan Automotif. Ada gabungan petanian. Dan berbagai bidang peniaga digabung untuk kuatkan dan jayakan Melayu sebagai Umat Islam. Niat di hati nak tambah Umat .....
Aku sendiri memilih bidang perniagaan yang jarang orang Islam usahakan. Hospital. Orang bukan Islam pun agak kurang Sebab tu aku tak banyak pesaing dan tak pening mencari pelanggan.
Setetah aku mendapat data dari USM, jumlah pertumbuhan penduduk ikut etnik(3R aku bawa laba besar) aku ambil Kaedah 'Bell Curve' . Iaitu duduk di tempat sempit akan tidak ramai. Tapi sekali bergetar nyaringnya masyalah. Di situ menjadi aku juara dikalangan kumpulan sedikit menampak diri ditengah khalayak ramai
Aku angkat kepala saja. Seluruh usahawan dan Melayu Islam nampak aku. Bukan Islam pun nampak. Sebab tempat aku duduk. tempat kumpulan sedikit, pasti sentiasa lebih tinggi dan mudah nampak.
Tapi semua yang aku usahakan ini. Paling ramai depan mata aku. Aku nampak orang lain, bukan Islam.
Lebih besar dan lebih ramai pembekal usahawan bukan Melayu Islam.
Lebih ramai dan besar pengangkut dan penghantar (Logistik)usaha Melayu Islam. Namun mata aku nampak, ramai bukan Islam.
Lebih ramai dan lebih besar penyimpan atau pemilik gudang bukan Islam.
Konon menggunakan kebijaksana dalam usaha. Dulu, bila diberi peluang pentas bercakap. aku motivasikan peniaga2 Melayu Islam supaya menggunakan kebijaksanaan(guna akal bukqn riang kudrat) dengan analogi ini.
- Penyanyi kaset.. Melayu Islam.
- Pencipta lirik.., Melayu Islam.
- Pembuat muzik lagu.., Melayu Islam.
- Pembeli kaset,..Melayu Islam.
- Pendengar dan peminat lagu.. Melayu Islam. Yang kaut duit besar, syarikat2 penerbit muzik bukan Melayu Islam.
Cerita dan motivasi ini juga tidak menambah jumlah Melayu umat Islam dalam bidang mereka ceburi.
Sebaliknya. Kisah itu terus jadi realiti dalam semua bidang.
Aku sendiri membina Hospital Bersalin dengan niat nak tambah jumlah Melayu Umat Islam melalui cara melahirkan. Sehinggakan aku ada ratusan ribu pelanggan dan followers
Keputusan aku dapat. Semua taman dan pangsapuri melangit dihuni bukan Islam.
Niat dan kepercayaan bersandar wang, kekayaan dan kejayaan material tidak membawa apa perubahan, melainkan serah diri bergantung dengan Allah akan mengukuhkan kedudukan Islam.
2. Sebagai Politikus.
Aku terjebak dalam politik parti sebab aku banyak terlibat dan mendukung gerakan rakyat atau badan Bertindak, NGO yang aku guna mudahkan aku mendekati masyarakat.
Pemimpin Parti Politik sangat suka dan mengharapkan 'rakyat ramai'. Bila aku boleh bawa sebuah parti politik sampai ke ground dan rakyat ramai. Alini buatkan aku dapat menarik perhatian pemimpin parti memberi kedudukan dalam parti dan Pilihanraya.
Aku mula rasakan. Ini peluang miliki kuasa, dan aku akan tambah dan kuat Umat Islam.
Bila aku ditabal YB dengan kekuatan peribadi dan parti. Aku diamanah jaga peruntukan Persekutuan untuk jayakan Bumipurta Melayu Islam Pulau Pinang.
Bilion Ringgit sudah di belanja untuk tambah kekuatan Bumiputra.. Aku sendiri mengedar jutaan Ringgit bantu bagi biasiswa pelajar. Bantu modal dan latihan Usahawan. Bantu bagi rumah, pinjaman perumahan dan berbagai bantuan.
Keputusan di sekolah dan universiti. Orang lain ambil. Perniagaan orang lain berkembang biak. Banyak rumah dihuni orang. Tiada tambah umat pun.
Sebelum jadi YB aku ada rancangan....
Aku mengintai YDP Majlis Agama. Aku percaya dengan kuasa ini separuh negeri sudah aku tawan, sebab Umat Islam 44% Cina 43% India dan lain2 baki menjadikan 1.7juta penduduk Pulau Pinang.
Jumlah Zakat melebihi RM150j setahun. Aku pasti akan mampu meningkat tambah 80% Umat Islam Pulau Pinang.
Aku juga berangan. Jika aku jadi YDP. Aku sudah sediakan rangka kerja menambah 30% kutipan zakat Pulau Pinang setiap tahun.
ini akan dicapai dengan meningkatkan jumlah Profesional. Master ke PHD. Doktor perubatan ke Doktor Pakar. Dan lain2 bidang Profesional sehingga 50-70 orang setahun. Pasti upah gaji bertambah. Upaya beli hartanah, perumahan dan equiti bernilai tinggi akan dicapai. dan kutipan zakat bertambah. Untuk diulang guna berikutnya.
Ini dapat dilakukan dengan kerjasama dan sefahaman Universiti2 Awam dalam negara.(masih dalam linkung umat sudah Islam). Kualiti umat meningkat, Kewangan bertambah. Kuasa pentadbiran dan memerintah makin kukuh.
Dengan kuasa Politik . Apabila fokus kepada usahawan dengan pembiayaan sambung belajar dan biasiswa. Latihan kemahiran dari pakar secara tersusun. Meniru seperti mana pembiayaan Kerajaan Jepun kepada industri Automotif di negara Matahari naik. Jepun. Korea telah berjaya. Atau Petani Eropah dan US diberi insentif oleh kerajaan supaya mereka mendominasi pasaran dan pembekalan.
Aku berangan. akan pasti meningkat keupayaan dan kejayaan peniaga Islam di Pulau Pinang. Pembesaran dan untung mereka pasti bertambah. Zakat mereka juga bertambah. Kerana aku seorang peniaga. Aku faham sangat dimana perlu sentuh setiap peniaga supaya mereka terus meningkat jaya.
Untuk mencapai tangga kedudukan ini. Aku mesti bertempur dalam arena politik. Mengalahkan sesama aku.
Situasi sebenar di lapangan. Aku terpaksa berperang sesama bangsa Islam aku. Jumlah Melayu Islam sedia ada, bertempur dalam gelanggang sama untuk dapatkan keputusan sama. Jumlah orang yang sama. Jumlah kerusi yang sama.
Tiada aku tambah apa2 kecuali jumlah pusaka yang ada direbut sesama pewaris Melayu Islam.
Walaupun strategi aku angan2 ini.
1. Taja Tambah Profesional cara pendidikan.
2. Melatih dan insentif kepada Usahawan.
3. Mendaya beli Hartanah, rumah dan equiti.
4. Menambah kutipan zakat.
Sebagai Aktivis Sosial & Dakwah.
Sejak zaman sekolah. Aku suka bantu orang. Walau pun diri aku seorang anak yatim yang hidup dengan hasil jualan kueh.
Aku sembunyi dari emak aku. Bagi makanan kepada kawan2 atau orang susah yang aku jumpa.
Aku juga selalu sertai kerja2 amal. Seperti cuci rumah secara berkumpulan. Aku suka sertai Hari Kantin untuk jual kupon makan dan hasil ini diguna bantu sesama pelajar.
Zaman 70an. Masih ramai orang susah dan tiada pekerjaan tetap. Tinggal dalam rumah dinding buluh dan masak guna kayu api. Aku juga usaha kempen pungut makanan dari orang berada, untuk disedekah kepada mereka yang memerlukan.
Aku juga selalu tolong emak untuk hantar atau bantu bagi Ubat Buasir (herba minuman)
Emak aku pakar buat ubat buasir. Masa zaman tu, kaum Cina tinggal di kuala sungai dan di atas bukit . Mereka tak suka ke Hospital menerima rawatan. Jadi, ramai Cina ke rumah aku setiap hari. Mereka cari ubat. Kerap kali emak aku bagi free saja. Sebab kaum Cina ini mereka susah zaman itu.
Almarhum bapa aku juga sering ambil anak Cina sebagai anak angkat. Bagi makan, bagi pakaian. Bagi wang saku. bantu sekolah dan cari kerja.
Aku ditakdir membesar dengan melihat dan dilatih dalam keadaan dan suasana ini. Hati aku memberontak bila aku lalu depan gereja masa ke sekolah Atau melalui tokong2.
Kenapa mereka tak mau Islam? macam mana nak Islamkan mereka? Aku nak tambah umat Nabi.
Aku sudah ikut badan dakwah yang tidur di masjid. Aku sudah ikut badan dakwah politik. Aku sudah ikut badan dakwah yang banyak bentang kertas kerja. Aku tak nampak mereka tambah Umat menjadi Islam. Ada juga. Tapi sedikit dan kadang2 sangat.
Satu hari. Aku bertindak dengan usaha sendiri. Teori 'Copy & Paste' aku guna pakai.
Nak berjaya macam Rasulullah 'Pada Diri Rasulullah ada Contoh Tauladan'.
Nak jadi pesilat. Pada diri guru silat ada ilmu boleh kita belajar silat.
Nak jadi penyedia makan hebat. Ikut cara masak tukang masak ternama.
Nak cara bawa orang masuk Islam. Belajar dari mereka yang dah masuk Islam.
Untuk realisasikan kerja ini. Setahun aku berkampung di atas Pasar Ikan, Taman Sardon Gelugor.
Dengan teknik in. Setiap Sabtu pagi. Aku bawa tong speaker portable, microphone. Aku bawa seorang baru Islam lain2 orang tiap minggu. Dia akan buat perkongsian(Sharing) pengalaman dia dan orang2 sudah masuk Islam Ini. Kenapa masuk Islam? Bila masuk Islam. Apa perasaan dan harapan selepas syahadah?.
Sabtu ada 52 minggu satu tahun. aku bawa dengan berbagai sebab mereka2 itu masuk Islam. penuh dah maklumat dengan program sharing ini untuk aku bermodal kerja.
Disini aku dapat 'clue'. Cara nak Islamkan orang bukan Islam.
Aku daftar NGO. Dengan nama Persatuan IKUT Pulau Pinang. Sebagai pemacu kerja. Semua mereka yang pernah berkongsi pengalaman Islam secara tidak langsung, mereka menjadi jentera aku.
Bersama aku ramai Ahli Suffah seperti mereka di zaman Rasullulah. Abu Zhar, Abu Hurairah. Ada rekod mengatakan mereka sekitar 400 orang berlepak di Masjid Nabawi dan rumah Nabi. Walau mereka dipandang remeh. Mereka adalah pelengkap perkembangan baru ini.
Sekarang aku tambah jumlah Islam setiap minggu.
Alhamdullilah... aku pencen Politik Parti yang hanya defensif dan mengincup, dan bina diri kepada bergerak tambah. tambah. Tambah.
Comments