3 hari 11 Cina Syahadah

Kisah 3 hari 11 orang syahadah di Club House dan Pusat Khidmat YB Zolkifly Md Lazim N40 Adun Teluk Bahang. JALAN Bahru Balik Pulau. Semasa saya diserah surat bertanding PRU14 Mei 2018. Saya menerima surat beriringan dengan kata2. Nah watikah. Nasib kau la... lawan dengan YB sedia ada . Kaya lagi berkhidmat. Kau pula.... 10 tahun FB kau, asyik gambar syahadah saja... sambung pimpinan parti itu. Mungkin dia rasa. Itu faktor menang dan kalah. Kalau saya tak buat ni... nanti semua calon Melayu Islam tak akan dapat undi lagi.... kata saya dengan penuh yakin. Keputusan..saya yang dianggap calon kalah oleh parti telah menang tipis, dengan undi China 75% bagi pada saya. Saya terus khidmat dengan keutamaan ... sampaikan Islam sehingga bawa ke Syahadah. Satu hari selepas Lock Down COVID19. Pejabat Pusat Khidmat saya menerima aduan. Pergaduhan sekumpulan Cina di Tingkat 12 sebuah Flat. Pegawai Am saya merangkap Ketua Pemuda. Dia terus pecut motosikal ke lokasi. Sesamp...