3 hari 11 Cina Syahadah

 Kisah 3 hari 11 orang syahadah di Club House dan Pusat Khidmat YB Zolkifly Md Lazim N40 Adun Teluk Bahang. JALAN Bahru Balik Pulau.

Semasa saya diserah surat bertanding PRU14 Mei 2018. Saya menerima surat beriringan dengan kata2. 

Nah watikah. Nasib kau la... lawan dengan YB sedia ada . Kaya lagi berkhidmat.

Kau pula....  10  tahun FB kau, asyik gambar syahadah saja... sambung pimpinan parti itu. Mungkin dia rasa. Itu faktor menang dan kalah.

Kalau saya tak buat ni... nanti semua calon Melayu Islam tak akan dapat undi lagi.... kata saya dengan penuh yakin.

Keputusan..saya yang dianggap calon kalah oleh parti telah menang tipis, dengan undi China 75% bagi pada saya.

Saya terus khidmat dengan keutamaan ... sampaikan Islam sehingga bawa ke Syahadah.

Satu hari selepas Lock Down COVID19. Pejabat Pusat Khidmat saya menerima aduan.

 Pergaduhan sekumpulan Cina di Tingkat 12 sebuah Flat.

Pegawai Am saya merangkap Ketua Pemuda. Dia terus pecut motosikal ke lokasi.

Sesampai. Dia lihat sekumpulan ramai Cina  berada di kaki lima Flat tingkat 12. Bunyi sangat bising tempik menempik

Seorang pemuda Cina sedang cuba menolak naik ke tebing seorang Cina tua, dengan tujuan nak buang ke bawah.

Pegawai Am saya, dia bukan jenis cakap banyak. Tapi tangan banyak..

Di cekak baju pemuda Cina yang bertindak ganas, sambil menampar kepala berulang kali.

Dia terus tampar dari tingkat 12 dalam lif sehingga ke lantai bawah.

Semua kena mai pejabat YB. Sapa tak sampai. Aku mai balik. Semua aku tampar. Arah Pegawai Am...

1 jam kemudian. Mereka datang ke Pusat khidmat saya 12 orang.

8 orang ada hubungan keluarga. 4 orang kawan kepada keluarga Cina ini.

5 orang dari ibu dan bapa sama. 3 orang saudara emak dan saudara bapa.

Sampai di Pejabat. Saya cuba penuh lunak dan santun semasa bertanya.... kenapa gaduh?

Selepas mereka semua tenang(satu sebab takut ke Pegawai saya. Satu lagi sebab hormat saya). Mereka mula jelaskan. dan saya dengar dengan penuh perhatian. 

Punca utama adalah berebut rumah pusaka.

Kamu semua nak masuk Islam?. Jadi keluarga saya. Dan tak payah gaduh2 lagi. Kata2 muqadimah penyelesaian saya.

Setelah selesai berunding. Dan selesai masalh mereka

4 setuju nak Islam. Saya syahadah pada tengahari. Hari yang sama.

Besok datang lagi 4 orang. Mereka nak Islam. Saya syahadah 4 orang Cina lagi.

Hari ke 3. Datang lagi 4 orang kumpulan bukan keluarga. Setelah saya terangkan 5 rukun Islam dan 6 Rukun iman. Salah seorang wanita dari kumpulan ini, dengan muka yang nampak takut. Dia bergegas bangun dan berjalan keluar dari pejabat. Dia tunggu kawan2 di luar pejabat.

Wanita berambut color ini, dia tak nak Islam.

Group hari ke 3 ini. Mereka kurang faham bahasa Malaysia.

Saya tak pandai cakap Cina. Untuk jelaskan 6 Rukun Islam tu,. Tak tau nak explain dalam Cina. apa Malaikat?. Zakat?, hari Akhirat.? 

Saya terpaksa Call ramai kawan2 Cina Islam untuk bantu. Antara nama yang masih ingat...

Call Irman Kang, dia sibuk.

Call Asyraf Tan. Dia sedang bekerja.

Allah beri masa pada Ben Ooi. Dia setuju buat video call. Nak jelaskan Islam(Ben Ooi. Satu nama terpahat di hati saya sehingga sekarang)

Setelah Ben Ooi (sekarang pengerusi MACMA) bantu jelaskan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman dalam bahasa Cina Hokien. 3 dari 4 orang mereka telah setuju nak Islam.

Saya pun bimbing syahadah.

Telima kasih YB. Nanti saya bawa lamai olang lagi. Kasi Islam. Kata2 pelat mereka. yang sentuh mata dan hari saya.. 

kerana kuasa yang sedikit. Allah nak uji saya. Samada saya takut hilang sokongan atau,  Berani  saya sebut nama Dia dalam apa keadaan.

Ini lah 5 tahun sangat puas saya jawat jawatan YB. 

Seronok sungguh bila dapat tau. Allah buka tawaran untuk dekat dengan kita.

Hadith Kursi

التخريج الحديث:

عَنِ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَرْوِيهِ عن رَبِّهِ، قالَ: إذَا تَقَرَّبَ العَبْدُ إلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ ذِرَاعًا، وإذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ منه بَاعًا، وإذَا أتَانِي مَشْيًا أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

الراوي : أنس بن مالك.

المحدث : البخاري.

المصدر : صحيح البخاري.

الصفحة أو الرقم: 7536.

خلاصة حكم المحدث : [صحيح].

Daripada Anas ‎رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ yang baginda riwayatkan dari Rabbnya berfirman: “Jika seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan jika dia mendekatkan diri kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”

[HR: Al-Bukhari 7536]

.....................................

Mosque Tour 2025

Sesiapa berhajat sumbang kempen Cina beramai-ramai Solat Jamaah di Masjid.

Boleh bantu  dakwah di Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang(IKUT)

Maybank 557139230356

Comments

Popular posts from this blog

Meniaga Jatuh. Apa Nak Buat?

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan