Menulis Angan- Angan.

Menulis impian sendiri Semangat mahu berjaya yang saya buat... dengan menulis segala cita-cita(angan2) serta impian saya di dalam buku catitan. Ini mendorong saya untuk menyediakan pula rangka-rangka asas untuk berjaya. Saya tulis pula kerangka bagai mana untuk merealisasikan cita-cita(angan2) tersebut. Saya akan catitkan maklumat seperti, • Nama projek yang mahu diusahakan itu • Bila akan dimulakan • Di mana ianya akan bermula • Bagaimana waktu operasinya • Apa keperluan, peralatan, pekerja • Berapa modal mula • Dari mana nak dapat modal • Dll Saya masih ingat salah satu impian yang saya tulis dan rencanakan adalah cita-cita untuk membuka sebuah restoran terapung bersebelahan jambatan Pulau Pinang. Saya tulis perancangan tersebut pada 3 helai kertas 'Kajang'. Zaman ini belum popular kertas A4. Ada juga perancangan cita-cita yang saya tulis untuk menjalankan perniagaan minuman. Produk sebegini tak basi (tahan lama). Untuk itu, saya merangka perniaga...