Kita perlu pada Dia

Cina Islam belajar sendiri tanpa ada guru Islam yang nak bantu mereka. Yang pandai sikit, ajar yang kurang pandai. Ilmu mereka kurang. Iman mereka tak kurang. Cina Baru Islam Belajar Rukun Solat Jika aku rasa beban, letih, marah dan sia2 kerja ini. Aku boleh saja tinggalkan beban ini. Tapi Allah tak perlu pada aku. Aku yang perlu pada Allah. Kisah Nabi Yunus a.s. di utus kepada Bangsa Asyiria bandaraya Ninawa di wilayah Mosul Iraq. Benar2 menyentak mata hati aku. Setelah Nabi Yunus a.s. tidak dapat sambutan dan rasa tidak berjaya mengajak penduduk beriman kepada Allah. Membawa hati yang kecewa dan marah. Nabi Yunus meninggalkan Kaum Asyiria, Baginda keluar kota Niwana yang maju, menuju pelabuhan Jaffa(sekarang dalam jajahan Israel) Nabi Yunus menumpang sebuah kapal yang akan ke Tarshish. Dalam perjalanan ini. Nabi Yunus di takdirkan Allah terjadi pilihan untuk di buang dalam laut Maditeranian, kerana Kaptain kapal nak kurangkan berat kapal yang sedang menghadapi gelom...