Zolkifly md. Lasim bekerjasama dengan kijang care menyampaikan sumbangan bantuan kepada sebahagian dari 900 orang pekerje pekerja NIKKO yang diberhentikan di Pulau Pinang.
Siput bagi wang pada kita, kita tak perlu susah payah beri siput makan.Panggilan namanya Kupang di selatan tanah air atau Siput Sudu di utara Semenanjung,Sejenis makanan laut yang digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dikalangan penggemar makanan laut. Harganya mampu mencecah RM5 sekilogram,berat cengkerang dari isinya jualnya seperti jual batu beratnya. Bertempat di Pulau Betong, Balik Pulau, usaha ternak ini mendapat hasil yang cukup lumayan dan mudah sekali, lepas sahaja benih ke laut yang dilekat pada tali tali yang terjuntai ke laut, kutip hasilnya setiap hari selepas lapan bulan, tak perlu beri makan,tak perlu bagi rawatan, tak perlu urusan penjagaan yang insentif, siapa berminat boleh hubungi saya, kita buat lawatan pada sabtu 26hd disember 2009 jam 9 pagi.
Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu. Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling. Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita. 2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China. Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone. Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai ke...
Seoul, Korea Selatan. Setelah 12 tahun, sekali lagi saya berpeluang memijak kaki ke bumi yang menjadi pemain aktif dunia dalam peralatan elektronik dan kenderaan . Samsung, Daewoo,Hyundai dan banyak lagi jenama berasal dari Korea Selatan, berada dalam kedai diseluruh dunia. Bukan sekadar jadi pameran, tetapi jadi pilihan pengguna tanpa ragu dari mutu dan rekabentuk keluaran mereka. Telepon tangan Samsung Galaxy yang menjadi rebutan diserata dunia sekarang membuktikan mereka menjajah dunia dengan Inovasi. Perubahan 7 tahun amat besar disini dari segi sosial dan pembangunan. Kini Korea menjadi pilihan masyarakat Arab, Afrika, India, Pakistan dan Melayu Malaysia maupun Indonesia. Kalau 7 tahun lalu saya berjalan disini bersama Isteri, kami akan menjadi penarik perhatian kepada masyarakat Korea yang tak pernah melihat pakaian perempuan Islam secara langsung. Ada kalangan mereka datang berebut nak bergambar bersama, ada yang mengelak jauh bila mereka berselisih ketika berjalan. Budaya hidup...
Comments