Usaha Pengusaha




Hari ini saya melawat seluruh Balik Pulau bagi melihat perubahan perubahan semasa di Kampong saya Pulau Betong,ianya mula jadi tumpuan kepada penduduk Pulau Pinang kerana penghasilan sayur dan ikan yang terus dari kebun dan laut, Abd Razak Naib Ketua Cawangan PAS disini mula mengusahakan tanama sayur 3 tahun lalu kini telah menjadi antara pusat sumber sayur segar yang jadi tumpuan kepada pengguna seluruh negeri , belia telah boleh menarik nafas lega dengan hasil jualan, sebelah petangnya beliau tertumpu di gerai jalan Pulau Betong berhampiran Kuala atau nama Bakar Kapor, beliau sudah mampu memiliki kenderaan mewah, rumah, dan tanah tapak rumah yang agak gah.inilah dia usaha titik peluh yang sebenar berdiri gagah tanpa bergantung kepada lesen atau kelulusan mana pihak yang sering saya bawa dalam muqadimah mesyuarat mesyuarat PAS dan taklimat taklimat saya kepada PAS cawangan
Satu lagi kejayaan telah dibuat oleh setiausaha PAS Cawangan ini Ahmad Bin Azmir Ahmad Aseki sebagai penternak dengan usaha mencecah RM200,000.00 kini menjadi tempat tumpuan pencari kambing untuk qekah, bermula di kaki bukit berdepan dengan Masjid Pulau Betong beliau melangkah jauh sekarang setelah menerima nasihat saya supaya membabitkan agensi kerajaan dan perkumpulan .

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.