Siput bagi wang pada kita, kita tak perlu susah payah beri siput makan.Panggilan namanya Kupang di selatan tanah air atau Siput Sudu di utara Semenanjung,Sejenis makanan laut yang digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dikalangan penggemar makanan laut. Harganya mampu mencecah RM5 sekilogram,berat cengkerang dari isinya jualnya seperti jual batu beratnya. Bertempat di Pulau Betong, Balik Pulau, usaha ternak ini mendapat hasil yang cukup lumayan dan mudah sekali, lepas sahaja benih ke laut yang dilekat pada tali tali yang terjuntai ke laut, kutip hasilnya setiap hari selepas lapan bulan, tak perlu beri makan,tak perlu bagi rawatan, tak perlu urusan penjagaan yang insentif, siapa berminat boleh hubungi saya, kita buat lawatan pada sabtu 26hd disember 2009 jam 9 pagi.
Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu. Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai/nyata dalam bentuk kertas atau syiling. Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita. 2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China. Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone. Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai ke...
USD190b nilai saiz pasaran iklan. Laporan Statista.com. Iklan menjadi nadi utama pengeluaran barang dan perniagaan selepas Revolusi Indusrti 1760 Tanpa Iklan, seolah-olah tiada perniagaan yang boleh dijalankan dengan berjaya. Perniagaan perkhidmatan peguam dulu tidak perlu keluar cari pelanggan, atau bahasa kini, tak payah buat marketing. Peguam tunggu saja, siapa nak khidmat peguam, pergi cari dia di Office.Sekarang peguam kena keluar buat marketing. Akauntan, Arkitek, doktor dan banyak lagi bidang perniagaan perkhidmatan kena buat marketing. Marketing ini perlu kepada teknik iklan. Hotel, bus,lori, semuanya perkhidmatan yang tak perlu iklan masa dulu kala. Kerajaan juga terpaksa iklan perkhidmatan dan kempen kutip cukai. Lucu lagi! Ustaz2 pun penuh iklan kuliah/ceramah. Banyaknya banner di kepala.simpang dan FB kempen, sehingga anak murid alim sebelum sampai tempat kuliah. Cerita 20 tahun dulu. Kawan saya bangsa Cina bercerita. Dulu wa kena pi hantar bunga , ang...
Comments
Manek Urai harapan cerah..
Pas 4 All
Takbir..takbir..takbir..
http://sharpshooterblogger.blogspot.com