Islam Berkebajikan

Buat pertama kalinya dalam sejarah Pulau Pinang,institusi ketiga tempat penggubalan undang undang iaitu Majlis Kerajaan Tempatan(MPPP) berkeumandangnya suara meminta syariaat Islam dilaksanakan dalam pengurusan kewangan MPPP, ini berikutan Ahli Majlis dari PAS Sdr Yusoff Mohd Noor mengusulkan dalam mesyuarat penuh MPPP yang berlangsung pada 28 Ogos 2009 ,supaya semua urusan kewangan MPPP diasingkan antara punca pendapatan yang Halal dan Haram,majlis mesyuarat yang di pengerusikan oleh Tan Cheng Chui dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Islam dan bukan Islam.
Beliau mohon supaya hasil bersih MPPP di bayar gaji kakitangan supaya hati hati kakitangan MPPP juga bersih berdasarkan janji Allah dalam agama Islam bahawa makanan yang bersih mempengaruhi perwatakkan seseorang itu, sumber sumber Haram pula dibelanjakan kearah infrastruktur awam untuk kemudahan masyarakat awam.
Selepas beliau selesai berucap hampir semua pegawai kakitangan Islam yang turut serta mengucap tahniah dan terima kasih, kerana perihatain terhadap mereka, sebelum ini belum pernah sesiapa pun membawa perkara ini ke majlis ini,ujar mereka.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan