Subversif ?


Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara. "Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah." Sumber berita Malaysiakini.

Subversif ialah istilah yang digunakan oleh sekumpulan yang bertindak memberontak atau menggangu, dengan niat untuk merobohkan sistem sedia terpakai dalam sesebuah negara.

Kenyataan yang terang sekali, berniat merobohkan sistem kerajaan Malaysia yang menggunakan Polis dalam menguatkuasakan undang-undang. Dengan mengugut dan menakutkan rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua, menjelaskan lagi tindakan serta kata-kata ini menghalang dan menafikan sistem kepolisan. Sikap, tindakan dan seruan seperti ini adalah bersifat subversif.

Kenyataan ini juga berniat meruntuhkan sistem Mahkamah yang bertindak sebagai pengadilan dalam mendakwa atau memutuskan salah dan benar sesuatu perkara atau tindakan, berasaskan undang-undang yang digubal. Mengarahkan sesuatu kerja diberhentikan dengan memberikan hukum, 'salah' keatas sesuatu kegiatan, juga mengancam atau mengarahkan bertindak keatas pihak lain. Jelas sekali berniat meruntuhan sistem mahkamah adalah bersifat subversif.

Bersatu, Bertindak, Membasmi Subversif , Jadikan Malaysia Bertamadun.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing