Kaya Kerana Jual Perubahan
Menjual Bilik RM1320++ Bath sekali dengan Bad. Hilton KL.
### Seorang kenalan saya Ibnu Hashim pernah jadi jutawan kerana menjual tali pita lagu yang diubah menjadi bahan sebaran ceramah
### Tuan Zaini menjadi seorang berjaya menjual tapak kepada peniaga dengan tema EXPO Riang Ria, dengan memperkenalkan acara Ilmiah di pentaskan.
### Hj Ismail pemilik Radix HPA menjadi penjual kopi jutawan , Dia berjaya memperkenalkan pembaharuan dengan kopi herba.
Jean Hendri Fabre adalah seorang ahli serangga dari Perancis. Sedang dia berjalam dalam hutan, dia tertarik dengan perilaku segerombolan ulat bulu yang bergerak berturutan dalam bentuk barisan.Seekor ulat bulu mengikut ulat bulu yang ada di depannya. Semua ulat bulu ikut cara yang sama, tidak meyimpang ke kana atau ke kiri. Fabre lalu mengkap bebrapa ekor ulat bulu dan membawanya pulang. di makmalnya, dia mengatur ulat bulu itu membentuk satu lingkaran mengelilingi pasu bunga. Ternyata ulat-ulat bulu itu kemudian bergerak mengelinlingi pasu tadi tanpa berhenti, seperti permainan lari keliling anak2. Mesti ada makanan ditengah, ulat-ulat itutidak berusaha keluar dari laluan tadi. Setiap ulat hanya berjalan mengikut alur yang telah dilalui oleh ulat di hadapannya.
Dalam kehidupan ini pun sama, kita hanya meniru dan ikut-ikut saja. Kita melakukan tindakan hanya kerana banyak orang lain hanya buat kerja yang sama saja. Kita mencari kerja-kerja yang kebanyakan orang ramai atau majoriti lakukan saja. Pokoknya kita hanya melakukan benda biasa atau umumnya orang lakukan saja dan tidak berani melakukan sesuatu yang baru atau berbeza .
Ralf Waldo Emerson serang pensyarah, penulis dan pemikir transformasi Amerika abad lalu berpesan dalam tulisannya "Jangan pergi mengikut jejak orang lain, tapi pergilah ke tempat dimana tidak ada jejak dan tinggalkan jejak anda disana".
Ya, kalau benar-benar ingin mendaptkan hasil yang berbeza dari kebanyakan orang, hasil yang lebih besar dan lebih baik, kita harus berada dalam proses perubahan sekarang juga. Jadi lah diri anda dari sekarang, kerana kejayaan anda bergantung kepada diri anda sendiri.
Sesungguhya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu
sehingga mereka mengubah keadaan
Comments