Kayuhan Rakyat


HAPUS tol jambatan pertama Pulau Pinang sudah menjadi buah mulut dikalangan rakyat Pulau Pinang. Ini semua berlaku atas kesungguhan ank muda yang membawa isu rakyat ini ke pesada politik Malaysia, Ketajaman Ketua Pemuda PAS Bukit Bendera melontar idea ini dengan disambut oleh Ketua Ketua Pemuda PAS peringkat Kawasan dan AMK, serta DAPSY telah mempercepatkan lagi cetusan ini merebak keseluruh negara.

Kini fasa pertama pengenalan telah berjalan dengan baik dan ikut perancangan. Fasa kedua membawa semua rakyat Pulau Pinang bersama mendesak kerajaan Persekutuan membatalkan syarikat pemegang konsesi yang tamat pada 2018 tetapi telah secara diam diam disambung kepada syarikat baru dengan tambahan 20 tahun lagi , menjadikan 2038 sebagai cagaran kerajaan Persekutuan kepada syarikat kroni bagi mengutip tol Jambatan pertama ini.

Sasaran sejuta tandatangan rakyat sedang giat diajalnkan bagi menjayakan usaha ini.

Kronologi tidak dapat di sahkan Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Mula bina                           1982
Siap guna                            1985
Panjang                              21 Km/ 8 km dalam laut
Harga                                 RM965 juta
dijual pada Kroni                RM500 juta        
Tamat konsessi                   2018
Disambung oleh ?                20 tahun lagi


Alasan yang diberikan kenapa Tol perlu dikenakan

1;    Selenggara Tinggi.
Walaupun tiada sebuah jambatan pun di Malaysia yang di Tol , namun Kerajaan Persekutuan terus mengaburi mata dan telingan rakyat dengan kos selenggara, walaupun tiada sebatang tiang jambatan ini pun di ganti, di perbaiki atas sebab rosak atau patah, apa yang dilakukan hanya menurap tar ikut jadual. Pemeriksaan struktur dan kebersihan yang berkala, seperti selenggara mana mana jalanraya lain di Malaysia

2.    Elak Kesesakkan
Jambatan dibina bertujuan menghubungkan satu permukaan bumi yang dipisahkan oleh air, lurah, cerun atau pemisah satu tempat ke satu tempat. Kesesakan pasti berlaku apabila pengguna bertambah sebab kemudahan perhubungan dan infrastruktur tempatan dibangun dengan berkesan. Jambatan Kedua Pulau Pinang akan siap pada tahun 2013 yang lebih panjang dan jauh dari penduduk. Bermula di Batu Kawan sehingga ke Batu Maung. Harga tol masih dirahsiakan kerajaan , setelah tidak menjawab soalan oleh YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang di Parlimen Malaysia pada sesi lepas. Jambatan kedua lebih panjang. Logiknya, ini akan menyebabkan harga tol akan dikenakan lebih tinggi..
Panjang, lebih masa dan minyak yang digunakan pengguna jambatan ini. Pastinya mereka memilih Jambatan Pertama . Lebih pendek, jimat dan murah. Jawaban, tetap sesak. Jika ditolkan sama harga jambatan ke dua, Jambatan pertama tetap jimat masa dan minyak.Tetap jadi pilihan dan tetap sesak.
Sesak ini sebab sistem pengankutan awam yang tidak baik dan pendidikan rakyat tentang pentingnya guna pengankutan awam tidak berlaku.

Beri Peluang Pekerjaan
Pekerja jambatan pertama Pulau Pinang bukan ramai dan boleh di serapkan kebanyak tempat atau dibayar ganti berhenti kerja seperti yang dilakukan oleh syarikat lain... Pekerja asing yang diberikan permit kerja sudah tahu pekerjaan mereka sebelum mereka masuk ke Malaysia. Apakah kerajaan Malaysia tidak bersedia tawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkhidmat sekian lama kepada negara menjaga Jambatan Pertama ini.. Jangan jadiak mereka seperti. 'Kera di hutan di susu, anak di rumah dibiar kelaparan'

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing