Islam Milik Semua
Tengahari ini, dalam sibuk aku melayan program pilihanraya bersama kawan-kawan parti, aku terima panggilan telepon dari seorang kawan yang sama aktif dalam dakwah kepada orang luar Islam. Azley Stanly , seorang da'i yang sudah banyak kali bersama kongsi pentas dengan aku dalam program 'Berkongsi Pengalaman(SHARING)' beliau yang mampu berkongsi pengalaman penuh keindahan semasa memeluk Islam. Sekali lagi beliau berkongsi pengalaman baru beliau semasa kami berbincang untuk perkasa lagi kerja dawah melalui Persatuan IKUT. Azley memulakan cerita pengalam beliau 2 minggu lalu di salah sebuah pasaraya besar Pulau Pinang. Projek setiap Ahad ini mudah, tanya orang ramai 3 soalan saja. 1. Tahu apa Islam ? 2. Apa yang kamu suka tentang Islam? 3. Apa yang kamu tak suka pada Islam? Dalam masa dia bertemu orang yang lebih ramai tidak bekerjasa dari bekerjasama. Beliau bertemu dengan seorang India yang apabila diajukan soalan beliau terus memberi minat; Re: ...