Tunggu atau Asing Diri Tetap Bentuk Penyokong
Selepas pengikut Nabi Musa di sesatkan selama 40 tahun sehingga kemunculan geneasi baru, barulah mereka golongan Bani Israel berjaya masuk ke bumi Palestin. Pemerintahan Palestin yang ketika itu secara evolusi berlaku dari bentuk kabilah sehingga terbentuk kerajaan beraja yang dipimpin Talut sebagai Raja yang pertama.
Kehebatan Nabi Daud ketika berusia 9 tahun, telah berjaya menumpaskan Jalut panglima besar Palestin ketika itu. Kehebatan Nabi Daud ini telah diakui dan diiktiraf oleh Talut dengan mengahwinkan puterinya Mikyal. Ikatan ini menyebabkan hubungan Talut dengan Nabi Daud menjadi lebih kukuh.
Tetapi sunah politik telah membuat Talut bimbang dengan kehebatan Nabi Daud, namun rancangan Talut telah didedahkan oleh Mikyal seorang isteri yang setia. Nabi Daud menyelamatkan diri dengan bertindak lari dari Raja yang berkuasa, namun ramai pula mula mengikut Nabi Daud sehingga membentuk satu gerombolan penyokong yang besar. Walaupun RajaTalut begitu digeruni sehingga dikisahkan, kalau diberitakan Raja Talut sedang tidur pun, orang akan gementar. Namun Nabi Daud yang secara sendirinya terbentuk sokongan kuat, menyebabkan Raja Talut menyerahkan kuasa kepada Nabi Daud sebagai raja kedua dalam kerajaan ini..
Senjata, Ketenteraan, Kempen, Wang dan Fitnah Adu Domba bukan cara , apabila
Kehebatan populariti seseorang itu tidak boleh dihalang atau disekat.
Keruntuhan populariti seseorang juga tak boleh di bendung atau dihalang.
Comments