UBAH,bukan pilihan...
Perubahan adalah sesuatu yang pasti, dan sesiapa tidak berubah dia akan ditinggalkan . Setuju atau tidak, perubah pasti berlaku. Islam datang membawa perubahan sikap, sistem dan kepercayaan . mereka yang tidak bersama, terus dipingirkan dalam arus ini. Perubahan itu tetap berlaku tanpa penyertaan mereka.
Peristiwa 7 Pemuda dan seekor anjing Gua Kahfi (The Cave Of The Seven Sleepers), adalah bukti nyata. Selepas 309 tahun mereka sembunyikan diri dan ditidurkan selama 309 tahun itu, setelah mereka dibangunkan balik, mereka dapat saksikan perubahan sudah berlaku. Kerajaan zalim Raja Diqyanus di Rom telah lenyap, kerajaan adil dan masyarakat sivil telah mengambil tempat. Tanpa penyertaan mereka, perubahan tetap berlaku .
- "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[18:10]
- "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".[18:11] surah Al-Kahfi
Nabi Yunus a.s yang terpaksa meninggalankan tempat beliau yang telah porak peranda. Setelah melalui ujian besar di telan ikan Nun, Nabi Yunus dikembalikan Allah ke tempat beliau tinggalkan. Beliau dapati perubah perubahan sudah berlaku dalam masyarakat itu.
Dan(sebutkanlah peristiwa) Zun Nun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangkan bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesudahan atau cubaan;(setelah beraku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan(yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku dari orang orang yang menganiayai diri sendiri. Al Anbiya 87
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Paramiswara yang percaya perubahan akan berlaku, lalu baginda terus menerima tawaran kuasa besar China untuk bergabung, sehingga menjadikan Melaka seindah nama yang dirakam sejarah.
Ayub Al-Ansori percaya janji Nabi S.A.W, bahawa Konstantinopel akan berubah, lalu beliau menyertai usaha perubahan ini.Ayub Al- Ansori dirakam sejarah indah sehingga kini. Seluruh orang bumi ini mengakui Ayub agen perubahan yang menghasilkan Istanbul selepas 600 tahun pengorbanan beliau.
Kalau ada mana mana pergerakkan yang memilih nak kekal pada tahap lama , atau kembali ke waktu lampau mereka juga ditinggalkan arus. Keputusan PRU 13 sebagai bukti sikap.
AirAsia juga telah ubah pusat operasi ke Jakarta , menjadikan dia lebih cepat berkembang dan mendahului yang lain.
Ubah , bukan pilihan, tetapi sesuatu yang pasti.....
Bersama pelancung Georgia di sekitar perkuburan Syuhada Makam Ayob Al-Ansory r.a
Meyusuri taman komplek pemerintahan Othmaniah dan Blue Mosque
Comments