KAYA TUNJUK KAKI

Mesin Potong Kulit Lembu ikut saiz kaki 
Capal yang sedang dalam proses akhir bermacam saiz kaki
Melekat kulit pada Capal
Gam kalau betul guna, jadi duit, kalau salah guna jadi penyakit
                                          Mesin Menjahit Kasut Untuk Sedap Kaki Memakai

Kaki sebagai anggota penting untuk di jaga . Kasut dijadikan alat menjaga kaki supaya selamat dari kecederaan. Kasut juga dijadikan perhiasan kaki.

Industri kasut berkembang sebelum Revolusi Perancis 1750-1850, di wilayah yang di panggil Britania Raya dan berkembang ke Eropah Barat, Amerika Utara , Jepun dan kemudianya berkembang kemerata dunia. Revolusi Industri ini dipercayaai berlaku atas sebab penyatuan Ingeris dan Scotland serta bermulanya Eropah pengambilan asas Islam dalam kontak dan perjanjian yang lebih aman bila diamalkan. Revolusi Industri juga terkesan dari cetusan dan perkembangan ilmuan seperti Francis Bacon yang berasal dari Kota London dan terkenal dengan "Metode Bacon", Renes Discates ahli matematik berasal Perancis dan mengakhiri hidup di Sweden dan Gelileo Gelile ahli fizik Itali, yang memasyhurkan peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pembuat kasut dari Pulau Pinang tidak ketinggalan menjadi sebahagian dari pemain indusri perhiasan kaki dan penjagaan kaki ini. Antara nama besar pembuat kasut berasal dari Pulau Pinang ini Jimmy Choo, yang telah membawa usahanya ini dipusatkan di Kota Londan dan menjadi pilihan orang ternama, seperti mendiang Lady Dyana antara pelanggan menempah kasut dari beliau.

Pengusaha kasut banyak sudah menjadi kaya raya dan berkuasa dalam empayar perniagaan dunia seperti, Clark, Bata, Adidas dan kini muncul pula Larry, Alfio Rado dan puluhan jenama mewah kasut dalam pasaran yang menjadi gila pemakainya.

Saya sempat melawat perusahan Kasut Capal yang diusahakan oleh Amrul Hidayat Hashim bersama Matpon gelaran diguna pembuat di Jalan Pokok Tampang. Mereka pernah menjadi pilihan ahli ahli politik ternama Malaysia, para usahawan ternama Malaysia untuk pilihan hand made . Sekarang musim sibuk menyiapkan Kasut Capal jenama JAGO untuk memenuhi permintaan Hari Raya. Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bharu sudah buat ratusan pasang kasut tempahan awal awal lagi.

Rupanya tunjuk kaki untuk hiasan dan keselamatn pun jadi kaya raya.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing