Kenali Perniagaan Anda Sendiri.




Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allahﻦﻣﻪﻠﻟﺍ ﻑﺮﻋ ﺪﻘﻓ ﻪﺴﻔﻧ ﻑﺮﻋ

Peniaga yang lahir sebab dari tekanan hidup, terpaksa buat, dan tiada pilihan lain, berbeza dengan peniaga yang lahir secara merancang, mempunyai tujuan khusus, dan bercita2 untuk mencipta sesuatu.

Peniaga yang tidak merancang ini juga ada yang berjaya pergi jauh memandu perniagaan sendiri.

Oleh itu, setiap peniaga mesti kenal perniagaan dia usaha sendiri secara keseluruhan untuk bergerak maju.

Untuk peniaga kenal perniagaan sendiri, dia mesti membahagi kepada sekurang-kurang 4 segmen.

Cara yang praktikal saya beri panduan kepada kawan peniaga ialah. 

Kamu ambil kertas saiz  A4. Lipat empat supaya semua bucu bertemu. Bila siap, buka lipatan dan kamu lihat kertas tadi terbahagi pada 4 bahagian. 

Kamu mula menulis ikut bahagian lipatan tadi. Sebab peniaga berjaya mesti banyak menulis.
1.       1. Sumber Manusia
Sumber Manusia ini ialah berkenaan hal ehwal pekerja. Bermula dari borang paling ringkas data pekerja seperti resume, bidang kerja, ikrar pekerja, gaji pekerja, cuti pekerja, bonus, kenaikan gaji, dan semua yang berkaitan janji kamu pada pekerja dan keupayaan pekerja tadi.
Semua rakaman tulisan ini dibukukan jadi Kontrak Kerja. 

Dari pemohon kerja sehingga sudah berkerja dan berhenti kerja yang terbuku dalam kontrak pekerja yang sudah pernah kamu lalui ini akan membantu kamu kenal siapa pekerja yang boleh kerja dengan kamu.
 
Pekerja KFC, MacD, masa bekerja pakai pakaian seragam, masuk kerja ada Punch Card dan semua peraturan kerja sudah ada. 

Mereka tak perlu tempik, jerkah yakni menggunakan suara tinggi untuk sesuatu arahan, permintaan atau  pembetulan. 

Berbeza kedai mamak yang tiada pakaian seragam. Pekerja atau tauke kedai mamak akan guna suara tinggi arah tukang masak dengan membuat  panggilan dari meja pelanggan, dan tukan masak atau pembancuh minuman akan tempik ‘siap’ kepada pelayan., tujuan untuk mengarah ambil makanan untuk dihidang pada pelanggan.

Seorang Cina, sama ada Tauke atau pelayan hadapan kedai spare part yang saiz perniagaan’ satu pintu kedai’, akan tinggikan suara, minta pekerja Indonesia atau Bangladesh yang bertugas bahagian belakang di rak2 barang  untuk  carikan barang2 yang diminta pelanggan dan dibawa ke kaunter hadapan. 

Pusat khidmat pelanggan Samsung pula akan menerima aduan dari pelanggan di meja hadapan. Setelah di semak dan ditaip rekod dalam computer aduan2. Pelayan Samsung tadi akan maklumkan tarikh dan waktu untuk pungutan, dan masa yang sama , pelayan Samsung tadi bawa telepon pengadu ke store belakang dengan tangan dan kaki, bukan dengan mulut, macam kedai Spare Part di atas.

 15 tahun lalu satu syarikat kontarktor binaan di Pulau Pinang terkenal dengan kerja siap sebelum tarikh perjanjian (ahead of schadule) . Pemilik perniagaan ini pernah bekerja di luar negara selepas belajar, sebelum balik ke Malaysia. 

Semua pekerja binaan syarikat ini tidak boleh ambil duit upah ikut suka pekerja macam amalan hampir semua kontraktor lain. Sebab, masa pengambilan pekerja,  syarikat ini telah menetapkan satu perjanjian masa ambil upah sekiranya pekerja setuju kerja. 

Kalau bank2 buat majlis suai kenal dan dailoq pelanggan dan majlis itu dihadiri pemilik syarikat ini, pegawai2 bank akan rasa takut2 untuk berdepan dengan dia, sebab dia akan sering tanya tempoh proses pinjaman dan skim2 tawaran yang bank setuju bagi. Sebab dia boleh buktikan waktu bekerja sesuatu subjek.

 Pembekal bahan binaan dipilih dengan cara tender terbuka dengan syarat2 waktu hantaran dan harga. Dia berjaya siapkan semua projek binaan sebelum tarikh janji serah kepada pemilik.

Dengan kita kenal perniagaan kita, berkenaan budaya pekerja, Perniagaan itu akan terus maju dan hidup lama. Sebab peniaga itu akan tahu dimana dia akan dapat pekerja pada masa hadapan.

2.       2. Kewangan
Ruang ke 2 yang kosong atas kertas A4 tadi, peniaga tulis KEWANGAN. Dari pada voucer keluar masuk wang, jumlah pety cash, jenis system akaun  yang digunakan, tarikh bayar gaji, tarikh bayar pembekal, Jens bank, masa bank in duit setiap hari, kaedah keluarkan cek. 

Kaedah bayaran tunai, berapa % jumlah keuntungan akan dapat dilihat dari rekod kewangan ini. Semua data ini dibukukan dan kamu akan lihat tabiat syarikat kamu dapat wang, dan belanja wang.

Semua angka2 kewangan ini akan membantu peniaga tadi kenal perniagaan  sendiri. Berapa jualan, untung pada sesuatu  hari/bulan /tahun .  Bila jualan naik, dan bila hari  jualan turun.

Anda juga boleh tahu tabiat atau budaya urus duit. Samada dari dalam poket sendiri atau dari arahan Bank. Atau dari cara tukar2 cek dengan pelanggan. Dan anda boleh bandingan perniagaan anda dengan budaya perniagaan yang berjaya atau pun yang mundur.
 
Peniaga UpTown PERDA  akan buat strike perniagaan pada setiap bulan Ramadan dan Disember. Bulan bulan ini yang orang ramai membeli. Mereka akan longgok barang jualan sehingga penuh. Sebab mereka tahu barang akan habis. 

Keyakinan ini, ikut rekod jualan lepas mereka, dan jumlah wang yang mereka kumpul. Walaupun kadang kala, terpaksa telan ubat tidur sebab cerapan atau bacaan pasaran tak menjadi. Dan tahun hadapan peniaga2 ini akan ulang perkara yang sama, dan begitulah tahun2 seterusnya.

3.      3. Stok dan Bahan.
Ruang ke 3 kertas  A4 . Stok dan bahan jualan mesti diurus oleh peniaga dengan baik. Semua rekod dan susunan (kalau perlu lukis plan kedudukan barang). Nama barang dan tarikh barang terima dan tarikh luput, jumlah barang, baki barang. 

Semua data ini sangat membantu peniaga mengenal pasti bahan jualan supaya tidak beli lebih dari jualan sehingga rosak dalam simpanan. 

Data ini juga membantu mengesan kecurian bahan oleh pekerja atau pelanggan, atau pembekal. Mengurus stok bahan akan memberi gambaran jelas bagaimana perniagaan anda diuruskan dan pelanggan anda mendapat barang serta kakitangan atau pembekal jujur atau sebaliknya.
 
Seorang pengusaha kantin sekolah telah menyusun tin2 susu secara Piramid. Kenapa? Budak sekolah memang terkenal nakal dan berbangga dengan kerja kerja salah. Mencuri bahan jualan kantin adalah kegemaran mereka. 

Dengan cara  susun tin2 susu secara piramid, pengusaha kantin ini akan cepat kesan kecurian. Mustahil 50 tin susu disusun secara piramid boleh dicuri dari mana mana sudut tanpa meninggalkan keadaan  ganjil atau ruang lompong. Pengusaha kantin ini kenal perniagaan sendiri, pelanggan dan pembekal serta anasir luar. Dan dia berjaya menambah untung perniagaan.

Bengkel baiki kereta yang ada plan susunan dan lokal simpanan tool/peralatan  akan lebih cepat bertindak atas kerja, dan peniaga ini dapat menjimatkan belanja membeli alatan kerja yang semuanya mahal. Kawan saya  perniagaan dia memberi latihan perniagaan kepada bengkel2 kereta telah cerita pada saya, ada bengkel terpaksa beli screw driver sebulan lebih dari 5 unit untuk ganti yang hilang, sebab peniaga bengkel ini tidak ada kaedah semak/simpan barang. Bahan jualan bengkel juga mesti diurus, sebab barang2 ganti kenderaan ini mahal harga. Kalau hilang boleh rugi banyak.

4.       4 .Pemasaran
Setelah peniaga kenal kekutan tenaga kerja, keupayaan kewangan dan bahan yang sudah tersedia, peniaga sudah kuasai perniagaan yang diceburi dan akan buat satu package tawaran  kepada pelanggan. 

Semua peniaga akan mempunyai cara, strategi menjual barang kepada pelanggan. Strategi ini perlu di rekod dan di bukukan. Siapa pelanggan, pendapatan pelanggan, kawasan tempat tinggal dan alat perhubungan seperti tel, email, dan seumpama. 

Ada peniaga dapat kenal pelanggan bermusim atau pelanggan tetap.  Kaedah pasaran setelah peniaga kenali pelanggan adalah pendekatan paling berkesan.

Klinik 24jam atau Klinik 16jam.  Cara klinik swasta mempamirkan waktu rawatan sebagai strategi pemasaran, sebab Doktor pengusaha klinik tahu pelanggan klinik akan datang tidak ikut waktu tertentu seperti jual tiket panggung wayang yang hanya perlu iklan waktu tayangan.

Seorang kenalan saya yang banyak nasihatkan saya. Dia bekerja selaku  pensyarah kejuruteraan awam di university tempatan, dan dia ada PHD dalam bidang pemasaran. Dia mengajar bagaimana teknik pemasaran jual taman perumahan berubah mengikut kehendak pelanggan dan budaya hidup. 

Dia beri contoh.  

30 tahun dulu, semua iklan perumahan akan menekankan plan tapak rumah, saiz, jumlah dan kedudukan bilik. 20 tahun lepas, semua iklan jualan rumah akan menonjolkan jarak rumah dengan kemudahan awam, seperti sekolah, pasar, stesyen, dan jalanraya. 

10 tahun lepas, iklan2 perumahan mula menjual gaya hidup. Iklan pemaju perumahan akan menunjukkan seorang kanak2 perempuan duduk atas  buaian yang berhayun. Dan lebih extrim lagi, iklan jualan sekarang hanya letak gambar di bill board, titisan embun dihujung daun. Yang menariknya semua pemaju perumahan boleh jual rumah2, semasa tanah yang jadi tapak perumahan itu masih hutan belantara. Bila peniaga /pemaju perumahan ini kenal perniagaan mereka dan mereka mampu menjual anggan angan masa depan mereka.
Sekarang kertas A4 ini telah kenalkan budaya/cara perniagaan kamu sendiri, dan kamu layak berjaya dalam perniagaan kamu sekarang dan pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing