Meriam Melayu Kesultanan Singora


Kisah meriam Singgora di Kota London.

Kerajaan Singora atau 'Kota Singa' ini pernah menjadi  satu wilayah yang termashor sebagai pusat perdagangan sekitar 1600.

      Pemerintah kerajaan dari keturunan Parsi ini bermula dengan pedagang dan Ulama Parsi yang datang ke Singora. 

Dato Mogol telah sampai ke sini dan membuka wilayah ini, dan memerintah wilayah Singora dengan restu kerajaan Siam dibawah Raja Ayutthaya sekitar tahun 1600

Bila Dato Mogol mangkat, dia diganti oleh anaknya Sultan Sulaiman Shah pada 1620 dan memerintah Wilayah Singora sehingga Patalong dan Chaiya.

      Sultan Sulaiman telah memajukan pelabuhan Singora, dan menjadikan pelabuhan bebas cukai bagi mereka yang membina gudang2 dan perusahaan pinggir pelabuhan Singora.

        Kemajuan ini menjadikan Kerajaan Patani dan Kerajaan Kedah agak cemburu dengan Kerajaan Singgora, juga kerajaan Siam mula merasa satu ancaman kepada mereka.

       Bagi menjaga kedaulatan dan keamanan, Kesultanan Singora ini. dibawah Sultan Sulaiman, Baginda telah memajukan ketenteraan dengan mencipta senjata2 baru dan senjata lebih kuat dari ketenteraan kerajaan lain semasa itu. Meriam Singora antara hasil buatan kerajaan ini.

Meriam laras panjang dengan cop mohor Kesultanan Singgora serta syair tulisan Melayu jawi tentang perjuanga dipahat bertatah logam Perak. Tulisan ini masih dalam keadaan baik untuk dibaca.

ya dha l-awwali wa’l-ilm
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam

Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab

Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar

Bedil diperbuat adalah sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah

Ingat-ingat engkau hai anak dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang

Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga

Daulat tuanku sebagai datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang

Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanam
akan dipandang sahabat meninggalkan zaman.


Satu dari meriam2 ini masih ada lagi di Royal Chelsea Hospital di London.
Kerajaan Singora yang maju ekonomi dan mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara2 jiran, serta Negara China dan Eropah ini, telah berjaya menarik ramai pedangan seluruh dunia, termasuk negara2 Eropah berdagang di Singora.

Wakil Belanda yang ada disana telah mengkhianati Kesultanan Singora dengan mengapi2 kemajuan ekonomi dan ketenteraan ini kepada kerajaan Siam, sehingga kerajaan Siam  3 kali menyerang Singora, namun gagal sebab ketenteraan Singora memiliki strategi pertahanan serta senjata meriam dan senapang yang berkuasa tinggi pada masa itu.

Akhirnya dengan tipu, helah dan pengkhianatan Belanda dan Portugis serta strategi British bekerjasama dengan Siam ketika itu. Jeremias Van Vliet antara  nama yang menjalankan jarum peperangan. Pada 1680 Raja Ayutthaya telah menghantar armada laut yang besar, dan Singgora di serang dari berbagai sudut selama 6 bulan sehingga diberitakan, 8 kubu strategik ketenteraan Singgora dimusnahkan dan Raja Sulaiman sendiri  terkorban dan kesultanan Singora disambung oleh anak Sultan Sulaiman, Sultan Mustapa. sebelum kesultanan Singora di hancurkan.

Makam Sultan Sulaiman masih ada di Khao Daeng.

Diberitakan, untuk mengalahkan kerajaan Singora dalam perang 30 tahun ini, seorang pakar meriam Perancis bernama Cyprian telah menyusup masuk kedalam tentera Sultan Mustapa, dan tipu muslihat ini telah berjaya menangkap Sulatan Mustapa hidup2 dan diserahkan kepada Siam.

Kini nama Singora ditukar kepada Songkla dan nama Pantai Bismilah semasa kerajaan Sultan Sulaiman telah ditukar kepada Samila Beach.

     Kini 2019, Pelabuhan Singora sekali lagi dimajukan oleh Kerajaan Thailand moden, dan pelabuhan ini telah mampu mencabar Pelabuhan Pulau Pinang, dari segi pelanggan dan kecekapan. Sekiranya tidak ada sebarang usaha memoden dan meningkatkan keupayaan Pulau Pinang, ianya akan mengundang bahaya ekonomi kepada Malaysia.


Comments

Ibnu Batutah said…
This comment has been removed by the author.
Ibnu Batutah said…
Bagus sekali maklumat ini.

Popular posts from this blog

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing