Posts

Showing posts from October, 2019

Tauke; Mesti Berani Jadi Kuli

Image
Ketagih Rojak Tonggek Permatang Pauh. Syukur hari ini boleh jumpa Din. Dia tauke Rojak Tonggek. Melayu Bermaruah berdiri dengan kegugihan dan tulang empat kerat. Beliau gigih berusaha dari sebelum ini bekerja jadi kuli dengan perniagaan orang. Kemudian Din berusaha meningkat prestasi diri, dan berubah sebagai penjual di stall kecil depan Hospital Buttetworth.  Dia sendiri menggunakan motosilal cup chai buruk dengan  carear di belakang, pergi pasar beli buah, sendiri jadi pemotong buah, cucuk buah di lidi dan jual. Semua dia buat sendiri memahirkan diri dengan teknik. Sehingga hari ini, Din sudah ada stall di Permatang Pauh dengan pekerja bergaji. Sebab kuah rojak yang sedap gila, hasil resipi sendiri... Din sudah melangkah jauh sebagai pembekal kuah rojak kepada banyak penjual rojak buah di seluruh Pulau Pinang dan Kedah. Stall dia sekarang sudah ada 4 pekerja.  Dari seorang kuli, Din sudah mampu membayar gaji orang. Mampu mengurus sumber manusia, mengurus ke...

Siapa Melayu Bermaruah.

Image
30 tahun lalu, saya kenal seorang pemuda yang gigih. Beliau berhenti kerja kilang dan menjadi kuli atau driver Van kilang. Beliau sanggup tidur dalam van di tepi jalan, demi untuk memenuhi tuntutan kerja, supaya dia sampai ke lokasi untuk angkut penumpang dikalangan pekerja kilang yang akan pergi dan pulang kerja di kawasan kilang Bayan Lepas. Sebagai kuli bawahan upah yang dia terima sekitar RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu sahaja). Kalau dinilai masa dan tempuh waktu kerja dan cara kerja dia buat, tidak berbaloi. Begitu kawan saya bekerja. Dia berkorban hidup sepenuhnya kepada kerjaya berat tetapi bergaji rendah. Masa kerja tak mengizin dia tidur di katil empuk dan tidak sempat makan hidang seperti orang lain, melainkan nasi bungkus yang dicampur lauk dan kuah dalam satu bungkusan nasi, dan satu bungkus air.   Selepas 2 tahun menjadi pemandu dengan upah tak seberapa. Johari sudah ada pengalaman. Dia beranikan diri  mengorak langkah membeli Van untuk angkut penumpang denga...