Siapa Melayu Bermaruah.
30 tahun lalu, saya kenal seorang pemuda yang gigih. Beliau berhenti kerja kilang dan menjadi kuli atau driver Van kilang.
Beliau sanggup tidur dalam van di tepi jalan, demi untuk memenuhi tuntutan kerja, supaya dia sampai ke lokasi untuk angkut penumpang dikalangan pekerja kilang yang akan pergi dan pulang kerja di kawasan kilang Bayan Lepas.
Sebagai kuli bawahan upah yang dia terima sekitar RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu sahaja). Kalau dinilai masa dan tempuh waktu kerja dan cara kerja dia buat, tidak berbaloi. Begitu kawan saya bekerja. Dia berkorban hidup sepenuhnya kepada kerjaya berat tetapi bergaji rendah. Masa kerja tak mengizin dia tidur di katil empuk dan tidak sempat makan hidang seperti orang lain, melainkan nasi bungkus yang dicampur lauk dan kuah dalam satu bungkusan nasi, dan satu bungkus air.
Selepas 2 tahun menjadi pemandu dengan upah tak seberapa. Johari sudah ada pengalaman. Dia beranikan diri mengorak langkah membeli Van untuk angkut penumpang dengan Van sendiri, dan dia minta sub kerja dari (tauke lama) syarikat besar yang dapat kontrak langsung dari Kilang2 antarabangsa di Bayan Lepas. Dari kerelaan dan pengorbanan hidup ini, beliau mula menambah pengalaman demi pengalaman dan ilmu selok belok perniagaan pengankutan pekerja kilang.
Dengan pengalaman ini, dia menambah van2 kilang, dari sebuah ke 2 dan 3 dan seterusnya belasan buah.
Kerana banyak van ini, dia mula menggaji pemandu2 untuk memandu van2 kilang milik sendiri yang semakin bertambah.
Johari mula memiliki ilmu dan pengalaman mengurus sumber manusia.
Selepas 4 tahun berkecimpung dengan kerja2 sub kontrak angkut pekerja kilang, dengan berbekalkan pengalaman mengurus dan kewangan yang semakin kukuh serta sudah pandai berkenalan dengan eksekutif2 kilang, dia telah memberanikan dia menceburi lebih jauh dalam perniagaan pengankutan.
Kawan saya Melayu yang gigih ini mula berani menyertai dan berlawan tender2 angkut secara langsung dari kilang antarabangsa di Bayan Lepas dan Seberang Perai .
Johari mula memiliki pejabat pengurusan, stor dan padang parkir untuk meletak hampir 100 Van dan Bus kilang
.
Beliau tidak melaung-laung minta bantuan , minta modal, subsidi atau surat wahyu politik untuk berjaya. Sebaliknya orang politik pula sering cari dia. Untuk minta sumbangan, minta sokongan dan pengaruh dari kalangan pelangan penumpang bas kilang yang beribu orang itu.
Wang bukan lagi masalah. Sering pihak Bank akan datang cari ke pajabat untuk tawarkan pinjaman dalam perbagai skim.
Kini Johari sudah bergelar "Tauke' , di hormati kawan dan digeruni lawan atau pesaing besar perniagaan.
Cina, India sebagai penjual kenderaan, juru jual rumah, juru jual insuran , broker tanah pembekal, makanik, dan perniaga sampingan dalam usaha pengankutan akan memburu 'Melayu kawan saya' yang gigih ini untuk mencari peluang limpahan perniagaan Bas kilang. Dan malah bangsa2 luar yang terlibat dalam Industri di Pulau Pinang tidak akan ketinggalan menjemput Johari dalam majlis2 dan acara, serta sering diajak bermain golf bersama pengurus bank pengurus kilang, pengarah jabatan2 dan agensi kerajaan.
Sebagai Tauke, dengan kewangan yang baik, beliau juga menjadi ternama kerana sering menderma kepada masjid2, persatuan2, dan orang2 yang memerlukan.
Inilah sikap Melayu yang benar lagi berani menebus maruah keluarga, bangsa dan negara serta agama.
Awalnya sanggup melakukan apa2 kerja yang boleh, demi menimba pengalaman dan membina masa depan.
Malang bangsa Melayu sekarang, melaung menuntut maruah diangkat, tetapi dalam masa sama melihat bersahaja bangsa2 lain datang menjadi kuli pencuci. Dan selepas beberapa tahun, mereka bangsa lain ini mampu menjadi tauke, dan melantik boneka Melayu untuk berlawan tender perkhidmatan mencuci bangunan2 pencakar langit.
Bangsa2 asing yang sanggup menjadi pencuci Bas dan Kereta, tapi sekarang sudah menjadi penjual kereta berjaya, mengurus syarikat2 besar , dari pengalaman kerja.
Bekerja, berusaha dari sekarang sebagai korban untuk kejayaan masa depan
Melayu Bermaruah.

Comments