Tauke; Mesti Berani Jadi Kuli



Ketagih Rojak Tonggek Permatang Pauh.

Syukur hari ini boleh jumpa Din. Dia tauke Rojak Tonggek. Melayu Bermaruah berdiri dengan kegugihan dan tulang empat kerat.

Beliau gigih berusaha dari sebelum ini bekerja jadi kuli dengan perniagaan orang. Kemudian Din berusaha meningkat prestasi diri, dan berubah sebagai penjual di stall kecil depan Hospital Buttetworth. 

Dia sendiri menggunakan motosilal cup chai buruk dengan  carear di belakang, pergi pasar beli buah, sendiri jadi pemotong buah, cucuk buah di lidi dan jual. Semua dia buat sendiri memahirkan diri dengan teknik.

Sehingga hari ini, Din sudah ada stall di Permatang Pauh dengan pekerja bergaji.

Sebab kuah rojak yang sedap gila, hasil resipi sendiri...
Din sudah melangkah jauh sebagai pembekal kuah rojak kepada banyak penjual rojak buah di seluruh Pulau Pinang dan Kedah.

Stall dia sekarang sudah ada 4 pekerja. 

Dari seorang kuli, Din sudah mampu membayar gaji orang. Mampu mengurus sumber manusia, mengurus kewangan, membina pasaran dan dan memiliki jenama sendiri.

Asal usul jadi kuli, sekarang sudah jadi tauke.

Din sudah ada rumah, ada kereta pickup, dan motosikal.

Hobi Din memancing. 

Sekali keluar memancing, Din belanja RM1500 sehingga RM2600. Mereka pergi berkumpulan.

 Kawan2 Din semua yang mampu bayar kos 20 jam melayan hobi dengan belanja RM1500 ke RM2600.

Biasa la, hobi orang mewah2. Sekarang sudah jadi Melayu Bermaruah tanpa subsidi dan tiada perlu surat wahyu, Din mampu jadi tauke.

Din ada cita2 jauh lagi. Tadi masa makan rojak tonggek dia. Din tanya. 

YB, ada tapak ka di Penang Island? 

 Saya jawab. 
Din boleh pergi lebih tinggi dengan ubah suai perniagaan ini, masuk ke tempat2 yang ramai, sewa atas Keretapi, buka di lapangan terbang Antarabangsa, komplek pasaraya, dan sekurang2, sewa tapak di pusat2 peranginan, Water Theme Park yang sedang tumbuh popular.

Saya berminat macam tu. 
Jawab Din yang sudah berjaya berfikir sebagai Melayu Bermaruah.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing