Posts

Showing posts from 2021

Buat Dakwah Dapat Hadiah.

Image
  Dakwah dapat Hadiah. Kisah Mary the Copt @ Mariah Al- Qibtiyyah. 2 hari lepas, saya sembang dengan kawan2 YB semasa makan tengahari ditepi laut Tanjung Tokong. Dalam sembang kami, kami ada sentuh hal Nabi Muhammad SAW semasa tekanan kerjaya politik dan pentadbiran. Perkara ini ada kena mengena dengan kerjaya kami YB2 ni... Tambahan lagi bila isteri2 baginda juga ada memberi tekanan kepada baginda. Hal ini juga ada kena kepada kami. Mariah Al Qibti berasal dari Iskandariah  Mesir, ada pendapat bahawa akhirnya Mariah menjadi 'Ummul Mukminin' kerana dimerdekakan dan di kahwini Baginda Nabi SAW. Mariah beragama Kristian Koptik, bapa dketuruna Qibti manakala ibu dari Rome. asal dia budak suruhan Gabenor Muqawqis di Istana pentadbiran Penguasa Mesir dibawah kekuasaan Byzantine. Punca kisah ini bermula dengan sepucuk surat Nabi SAW. Nabi Muhammad SAW dalam kerja dakwah dan pentadbiran politik, baginda telah mengutus surat kepada Muqawqis di Mesir supaya beriman kepada Allah...

Rindu Alunan Syahadah

Image
 Hari ini 2 Zulka'edah/13 June 2021. Allah makbul doa aku. Sudah 5 hari, hati aku meronta untuk mendengar alunan syahadah.  Sejak PKP 3.0 bermula 14 hari lepas. Aku rasa sunyi dari alunan lafaz syahadah dari lidah mereka yang baru memeluk Islam. Beberapa malam 5 hari akhir ini juga, aku kategori yang jenis malas2 berdoa khusus, gagahkan diri berdoa dalam solat malam dan meratap kepada Allah, merayu supaya aku diizin melihat dan menyaksikan syahadah hamba2 yang kembali kepada agama fitrah. Ya Allah izinkan aku Ya Allah Izinkan aku. Ya Allah izinkan aku. Semalam jam 9.30. Selepas makan malam bersama Isteri dan anak2. Aku keluar memandu kereta Axia seorang diri ke pinggir laut di Pantai Bersih Butterworth. Aku singgah di pinggir laut yang sekarang ditimbun oleh bongkah2 batu besar untuk mengelak hakisan dari ombak.  Mata aku melihat laut luas terbentang. Masa yang sama, aku berasa tak ada peluang aku, di keluasan laut sebesar ini. Wahai Tuhan Sekalian Alam. Berikan aku pelua...