Buat Dakwah Dapat Hadiah.
Dakwah dapat Hadiah.
Kisah Mary the Copt @ Mariah Al- Qibtiyyah.
2 hari lepas, saya sembang dengan kawan2 YB semasa makan tengahari ditepi laut Tanjung Tokong.
Dalam sembang kami, kami ada sentuh hal Nabi Muhammad SAW semasa tekanan kerjaya politik dan pentadbiran.
Perkara ini ada kena mengena dengan kerjaya kami YB2 ni...
Tambahan lagi bila isteri2 baginda juga ada memberi tekanan kepada baginda.
Hal ini juga ada kena kepada kami.
Mariah Al Qibti berasal dari Iskandariah Mesir, ada pendapat bahawa akhirnya Mariah menjadi 'Ummul Mukminin' kerana dimerdekakan dan di kahwini Baginda Nabi SAW.
Mariah beragama Kristian Koptik, bapa dketuruna Qibti manakala ibu dari Rome. asal dia budak suruhan Gabenor Muqawqis di Istana pentadbiran Penguasa Mesir dibawah kekuasaan Byzantine.
Punca kisah ini bermula dengan sepucuk surat Nabi SAW.
Nabi Muhammad SAW dalam kerja dakwah dan pentadbiran politik, baginda telah mengutus surat kepada Muqawqis di Mesir supaya beriman kepada Allah.
Berikut ini isi surat Nabi Muhammad untuk Raja Al-Muqawqis
“Bismillahirrahmannirrahim. Dari Muhammad hamba Allah dan Rasulullah. Kepada Muqauqis Peguasa Qibthi. Salam sejahtera kepada yang mengikuti petunjuk. Amma ba’du.
Aku mengajak Anda dengan dakwah Islam. Anutlah agama Islam dan Anda selamat. Allah akan memberimu pahala dua kali lipat. Tetapi apabila Anda berpaling, Anda akan memikul dosa kaum Qibthi. Wahai Ahli kitab, marilah menuju ke suatu kalimat ketetapan yang tidak terdapat suatu perselisihan di antara kita, bahwa kita tidak menyembah selain Allah dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun. Tidak pula sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain dari Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka, ‘Saksikanlah bahwa kami orang)2 yang menyerah diri kepada Allah (Muslim).
Muqawqis tidak marah kepada wakil nabi, tetapi menolak ajakan memeluk Islam.
Sebaliknya Muqawqis telah menghadiahkan berbagai hadiah seperti Baghal , kaldai dan barang perhiasan pakaian serta 3 hamba kepada Nabi SAW. 3 orang hamba terdiri
Mariah, Sirin dan Maburi.
Bila Mariah sampai ke Madinah. Dia tinggal di rumah Hatib.
Semasa Nabi terlihat rupa Mariah, wanita darah campuran Qibti dan Rome ini di rumah Hatib Bin Balta'ah. Nabi cepat2 meninggalkan rumah Hatib.
Hatib dapat membaca hati manusia kesayangan ini. Hatib menyusuri Rasullulah ke rumah Baginda. Dia faham isi hati nabi selepas peristiwa terpandang Mariah. lalu Hatib terus memujuk dan menawarkan Mariah kepada Nabi SAW.
Mulai hari itu. Mariah antara wanita yang menjadi tempat nabi pergi apabila ditekan dengan beban kerja dan beban isteri2 sedia ada.
Mariah seorang wanita yang memberi ketenangan, cantik, bijak serta mampu melahirkan zuriat ini sehingga dicemburui isteri2 nabi.
Sebab pertuturan cemburu Hafshah dengan Aisyah isteri Rasullulah pada Mariah sedikit sebanyak mempengaruhi Nabi SAW.
Allah turunkan ayat.
“Hai Muhammad, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S. At-Tahriim:1)
Selepas 1 tahun di Madinah, Mariah melahirkan Ibrahim bin Muhammad Rasulullah. Tetapi Allah mengambil Ibrahim ketika berusia 19 bulan kembali ke alam akhirat.
Berdakwah itu boleh dapat hadiah.....
Sayangnya kami YB2 hari ini tak ada Mariah.......
“Hai Muhammad, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S. At-Tahriim:1)
Selepas 1 tahun di Madinah, Mariah melahirkan Ibrahim bin Muhammad Rasulullah. Tetapi Allah mengambil Ibrahim ketika berusia 19 bulan kembali ke alam akhirat.
Berdakwah itu boleh dapat hadiah.....
Sayangnya kami YB2 hari ini tak ada Mariah.......
Allah cuma bagi kami kepada kami Isteri yang memahami....
Comments