Kenapa kaya, Kenapa Miskin

15 jam perjalanan kami sekeluarga dari Pulau Pinang ke  Kuala Trengganu untuk hadir kenduri.

Masa perjalanan pulang.  dalam jemu jem di jalanraya itu, ada  peluang melihat berbagai jenis kereta, dan kemewahan kereta yang banyak.  

terpengaruh dengan pandangan. Salah seorang  anak saya bertanya.

Rezeki Allah bagi masing2  kepada setiap manusia?

Kenapa ada miskin dan ada kaya?

.....................
Ayah tulis jawapan untuk anak.

1.   Allah bentangkan dunia ini luas dengan hasil bumi melimpah  ruah kepada manusia untuk diguna, digali, dimanfaatkan 

Kawan Sekolah. Soon Lan dan suami sibuk pilih Keropok Leko belanja saya. Pasangan berjaya kedai Letrik di Wakaf Tapai Trengganu.

diguna dengan  seadil adilnya. Yang berusaha dengan tenaga dan kebijaksanaan pasti berjaya.

Terpulang kepada individu itu untuk memilih anugerah mana nak diambil.

Contoh atau analogi  jelas. 

2 pelajar diberi dengan buku yang sama, guru yang sama, sekolah yang sama.

Seorang pelajar dia tekun belajar dan sentiasa minat dengan ilmu. sentiasa ulang kaji. sentiasa buat latihan kerja. mencari strategi jawapan berkesan.
Sudah pasti dia score keputusan terbaik.

Sebaliknya. Seorang lagi pelajar tak ada minat belajar, tidak membaca, tidak ulang kaji. Masuk peperiksaan sambil lewa. Sudah pasti gagal dan dropout diterima.

Yang berusaha, berazam, bersyukur akan berhasil.

A.  Yang rajin di laut luas yang Allah
      bentangkan, telah ramai kaya dengan ikan,
      kapal pengangkutan dan lain2.

B. Petani rajin di daratan, sudah banyak
    mewah menanam sayur, bahan tani
    komoditi, jual baja,  dan lain2 hal pertanian.

C. Penggali rajin cari gali minyak, emas, logam,
     lain2  ramai kaya  sebagai pengusaha.
......................
2.    Manusia dijadikan Allah sebagai Khalifah
       (pengurus) untuk memerintah bumi dan
       seluruh khazanah.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".

A. Manusia bijak menggunakan angin
     terbangkan roket dan kapal terbang.

B. Manusia bijak guna air. layarkan kapal. Buat
    terusan,

C.  Manusia bijak menggunakan gelombang
      sampaikan maklumat  dan mereka     
      menguasai pasaran.
............................
3. Allah lebih adil lagi, bila dia ajar tiap manusia ilmu mengurus setiap benda dan cara guna, sebagai tuan Khalifah/pengurus bumi.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Artinya, “Dia mengajarkan Adam semua nama-nama (benda), kemudian menampilkan semuanya di hadapan malaikat, lalu mengatakan, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama semua benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar,’” (Surat Al-Baqarah ayat 31).

A. Ibnu Sina menggunakan ilmu dari Allah
     menghasilkan teknik perubatan.

B.  Wright bersaudar terbangkan kapal di
     udara dengan ilmu yang Allah anugerahkan.

C. Thomas Edison dengan ilmu, berjaya 
     mengawal api supaya jadi lampu.
................................
4.  Manusia yang berusaha pasti berjaya.

وَالَّذِيۡنَ جَاهَدُوۡا فِيۡنَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَا ‌ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الۡمُحۡسِنِيۡنَ
Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh sungguh) berusaha untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (AL ankabut . 69)

A. Manusia yang rajin & bersungguh2, fokus
     dalam bekerja dan menggunakan akal juga
     pengalaman. pastinya menghasilkan
     kejayaan.
.....................................
5.    Manusia yang bersyukur, akan ditambah nikmat dan pasti berjaya.

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”(surah Ibrahim 7).

A.   Hampir semua orang yang berjaya, orang
      kaya akan bersedekah, berzakat. 

Sebahagian besar yayasan bagi membantu,  ditubuhkan oleh manusia berjaya. Sebab mereka bersyukur dengan apa yang mereka perolehi. 

B.   Ayah ada 10 kawan berjaya.
      5 orang Islam . 5 bukan Islam.

    Gaya  5 Usahawan Islam. 
Di awal tahun mereka ini akan merancang dan berbincang untuk tahun akan datang  menambah keluaran zakat dan jumlah penerima zakat, dan menilai diri sendiri, mampukah mereka membebaskan kemiskinan.

     Gaya 5 Usahawan bukan Islam.
Di awal tahun, mereka merancang untuk, cukai perniagaan mereka tahun depan lebih efektif kepada akaun perniagaan. 
 Supaya syarikat terus membesar dan dilihat kukuh. 
Mereka juga selalu mencari orang yang memerlukan untuk menderma.

C   Yang tekun dan besyukur dengan apa yang
     ada (berhati hati  berbelanja, merancang
     belanja) buat ikut kemampuan. Tidak tamak
     dengan apa yang dilihat ada pada orang
     lain, mereka pasti akan senang.
   

D.  Kisah "angsa bertelur emas" mengajar
      manusia supaya tidak tamak sehingga
      hilang semua kesenangan. dan untuk elak
      semua ini, mesti sentiasa  bersyukur.
..........................
6.   Manusia yang setelah berusaha dengan sungguh2  dan kemudian berdoa, pasti dimakbul.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60).

A.  Nabi berdoa dalam semua keadaan untuk
      mencapai kejayaan, walaupun dia Nabi,
      telah dijanjikan Allah akan kejayaan. 

B.   Kita sering melihat pemain bola, badminton
      dan lain2. Mereka berdoa ketika masuk
      gelanggang. 
      Mereka buat semua itu setelah mereka 
      berlatih bersungguh sungguh.
.......................

Pengalaman ayah melihat ramai yang berjaya dan gagal.

......peniaga  yang berjaya.

Penjaja & peniaga kecil dan besar, mereka yang berinovasi akan menyimpan semua dokumen dan menjalankan kajian sendiri dengab data dokumen itu. Mereka merancang dengan data yang ada supaya bersedia untuk nenempuh semua gelombang sepanjang usaha. Sekiranya ada orang/konsultan yang nak bantu. Mereka sudah ada rujukan tersedia/tersusun

.......peniaga yang gagal.

Menolak semua cadangan menyediakan dokumen akaun, jadual dan sistem. 
Konon, nanti ada orang lain akan curi maklumat. 
Bila ada orang, konsultan nak bantu. Orang yang nak bantu itu pun tak berjaya, macam mana nak bantu? Mereka tiada rujukan.

.......Petani. Berjaya.

Tanam durian varieti baik, jarak yang tepat,  baja ikut peraturan, dan selia setiap biji buah sehingga harga mencecah RM150 sebiji.

........Petani gagal.

Kekal pokok pusaka, tidak tambah dengan varieti baik, tidak cuci rumput, dengan alasan. pokok akan panas jika merumput. buah jadi harga RM5 sebiji.

.....Nelayan berjaya.

Di Kampung saya semasa 70an. Nelayan di Kuala, mereka akan ke laut 2 kali sehari.
 - melabur dari hasil untuk membeli injin lebih
    baik supaya bekerja lebih cepat.
    peralatan lebih moden untuk hasil lebih
    tinggi.
- menyimpan dan menabung.
- Mereka semua senang sehingga anak2
   berjaya.

........Nelayan gagal.

-Pergi laut bila tiada duit. atau bila dengar ada kawan dapat ikan banyak. 
- Dia banyak di kedai kopi dengan kisah orang lain, dan  angan2 kuat dengan ubat2 dan suka dengan bahan khayal.
- dan ada yang suka berjudi. 
- mereka akan salahkan orang lain, sebab dia susah.

......Pekerja berjaya 

Kerja bersungguh sungguh, selalu selesakan majikan, mereka akan mudah naik pangkat dan sering diminta mengurus urusan boss.

.......Pekerja gagal.

Kaki ponteng, 
pantang ada orang mati, surat mati diguna untuk cuti emergency.  
Sentiasa cari alasan mengulat.  
Kawan yang rajin akan dilebel sebagai 'bodek bos'. 
Selalu tukar kerja. 
Dan mereka selalu susah, tiada wang.

.................

Dulu sebelum Ayah jadi YB.  Pernah ayah jumpa salesman rumah bangsa Cina. tujuan jumpa, untuk membeli rumah teres  3 tingkat lot corner  erbilai lebih RM1j. Rumah ini untuk kegunaan tempat tinggal Doktor yang bekerja dengan syarikat ayah.

Salesman Cina secara berbisik, bertanya kepada kawan yang ikut bersama ayah. 

Kawan kamu ni kontraktor besar  ya?

Kawan ayah terus sergah dia. 
Awat hang ingat semua Melayu kaya ni, semua kontraktor. dan kerajaan bagi projek ka?
Dia ni tauke Hospital, bukan 1 buah 
. Lu tau?

Cina  salesman tadi terdiam. 

Ada segelintir kaum Cina terpengaruh dengan kempen anti Melayu dan anti Kerajaan. Dakyah mengatakan kaum Melayu merampas hak kaum lain. Kerajaan menindas dan menekan usaha kaum mereka. 

Ada ahli politik Cina  pernah cakap kepada ayah. 
Tuduhan dia. Pelajar Melayu akan diberi soalan bocor semasa dalam kelas mata pelajaran agama. Sebab pelajar bukan Islam tak masuk kelas itu.

Ayah jawab. 
Saya pelajar Melayu yang masuk kelas agama Islam. Tapi tak pernah dapat macam ni. 
Saya peniaga Melayu, dan saya tak pernah dapat bantuan kerajaan. Saya usaha sendiri.

Semasa anak saya di sekolah, anak saya dikenakan yuran sekolah maksima 

Anak saya belajar sehingga ke luar negara atas duit poket saya sendiri.  saya Melayu dan anak saya Melayu. 

Kami untung sebab negara ini maju, terbuka dan moden. Dan saya gunakan kelebihan kerajaan ini.untuk keluarga dan usaha saya. Tuhan akan sentiasa membantu orang yang sungguh2 berusaha. Jawab Ayah kepada ahli politik Cina tadi.

Oleh itu anak2 ayah kena berusaha, berazam jadi terbaik.  dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dianugerah Allah! 
 Sambung saya kepada anak dalam kereta.

Perbincangan kami dalam kereta bertukar tajuk ,bila kami nampak ada kemalangan diatas jalan.
Pasangan pengantin. Sbg Takir Trengganu.
 Adik kepada Dr Adila bertugas di DBM Hospital Permatang Pauh.


Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing