Krisis Ekonomi

Orang bercakap pasal ekonomi jatuh merudum, business teruk,market menguncup, jadi apa nak buat, setiap masa ada orang buka kedai makan baru di sepanjang jalanraya di Malaysia, ada orang bercakap cakap nak cari peluang baru, ada orang simpan senyap wang yang ada, takut belanja,
Jadi apa kita nak buat?
Kawan saya baru hadir satu kursus macam seminar bagi pengusaha pengusaha Malaysia, semua penyampai hebat hebat belaka hadir membantu,semua mereka cadangkan pengusaha lebih kreatif,inovatif,berusaha lebih.
Dalam sesi soaljawab,bangun seorang peserta minta supaya medirator menerima hakikat bahawa ekonomi dunia sedang menjunan,ianya satu krisis global, jangan nak berdolak dalik dalam mendepani isu ini,apa boleh kita buat kalau dah dunia yang berkrisis ekonomi.
Maka berdepanlah seorang panel dengan membawa satu cerita , bagaimana seorang petani yang mengusahakan tanamannya, untuk memasarkan, dia membuat sebuah gerai sayur dan buah hasil tanamannya untok dijual terus kepada pengguna, begitulah hari hari kehidupannya dengan perlahan lahan membesarkan jualannya sehingga ada orang pula datang meletakkan hasil pertanian mereka dikedai petani tadi,
Dengan hasil jualan ini beliau menyara keluarga sehingga menghantar anaknya ke university Harvert, anak yang selesai belajar pulang dan bekerja di Malaysia,
Si bapa yang petani tadi hari hari di gerai jualannya, dengar orang ramai bercakap tentang krisis ekonomi dunia merudum, bila si anak cuti balik kampong, si bapa yang bejaya menjadikan anaknya seorang graduan Harvert bertanya anaknya, apa dia yang dikatakan krisis ekonomi dunia merudum? lalu si anak graduan Harvert ini dengan penuh maklumat menjelaskan kepada si petani tadi!, Bank dengan krisis kewangan NPL nya, Kilang dengan Pengeluaran nya bertambah kos, dan permintaan berkurangan, pengankutan dengan kos meningkat dan upah yang tak mampu di naikkan,,bla..bla.., .Si bapa sebagai petani tradisional yang berbangga dengan kehebatan anaknya boleh menghuraikan masalah krisis ekonomi dunia bertanya! jadi apa yang perlu bapa buat sekarang?.
Si anak pun mencadangkan kaedah yang di pakai oleh syarikat syarikat besar dunia, supaya di perkecilkan perniagaan, jual apa apa yang perlu sahaja, tanam jangan banyak hendaklah dikurangkan dari biasa.

Si bapa sebagai petani berpuluh tahun yang mengusahakan pusat jualan hasil tanamannya, terus menerima saranan si anak graduan Harvert!, lalu di perkecilkan jualan dan pusat jualannya dikurangkan, jenis jenis barangan nya, dan di kurangkan tanamannya, hasilnya! makin berkurang pelanggan datang kerana tiada banyak pilihan lagi.
Akhirnya si bapa yang petani ini berkata, betullah apa yang di katakan oleh anaknya .
Krisis ekonomi dunia merudum.
Jadi terpulang kepada kita nak menghadapi krisis ekonomi ini, kata panel pembentang seminar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan