Seramai 10 orang terbunuh terdiri dari penduduk tempatan dan 14 lagi sedang di rawat di hospital Narathiwat thailand akibat cedera di tembak ketika sedang solat ishak oleh orang yang tidak dikenali. Rombongan PAS Pulau Pinang seramai 8 orang di ketuai oleh Zolkifly Bin Md Lazim , telah melawat mangsa dan berjaya menyerahkan sumbangan orang ramai bernilai RM14,050.00, Ketika rombongan sampai kekawasan kampong Tempayan Air dipendalaman ini didapati pihak keselamatan ramai berkawal di sekitar Masjid tersebut dan kawat duri di pasang di bahagian hutan belakang Masjid.Waris mangsa yang diwakili oleh Wan Mohamad Nasir Bin Wan Abdullah(anak imam yang turut dibunuh) telah menerima sumbangan bagi diagihkan kepada keluarga mereka yang menjadi mangsa .Dan pihak rombongan menyampaikan rasa simpati,sedih dan bersama umat Islam lain terharu dengan kejadian tersebut dan berharap keluaga mangsa dapat bersabar menerima atas ketentuan Allah. Mereka yang terbunuh semua sebagai penoreh getah dan pekebun tradisional terdiri dari. Wan Abdullah Bin Wan Latih : Imam umur 64 Kasim Bin Latih umur 60Yusri Bin Drami 60Abdul Razak bin Abullah 50Hj Yusof Bin Muhammad Talha 64Sulaiman Bin Adam 64Ahmad Bin Muqsin 64Ramli Bin Adullah 23Suri bin Ibrahim 33Hj Dadu bin wati 50
business tanpa usaha
Siput bagi wang pada kita, kita tak perlu susah payah beri siput makan.Panggilan namanya Kupang di selatan tanah air atau Siput Sudu di utara Semenanjung,Sejenis makanan laut yang digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dikalangan penggemar makanan laut. Harganya mampu mencecah RM5 sekilogram,berat cengkerang dari isinya jualnya seperti jual batu beratnya. Bertempat di Pulau Betong, Balik Pulau, usaha ternak ini mendapat hasil yang cukup lumayan dan mudah sekali, lepas sahaja benih ke laut yang dilekat pada tali tali yang terjuntai ke laut, kutip hasilnya setiap hari selepas lapan bulan, tak perlu beri makan,tak perlu bagi rawatan, tak perlu urusan penjagaan yang insentif, siapa berminat boleh hubungi saya, kita buat lawatan pada sabtu 26hd disember 2009 jam 9 pagi.
Comments