Iman Di Hong Kong

Selepas Subuh Berjamaah di Masjid Kowloon, Hong Kong. Satu Dari 5 Masjid Besar Di Hong Kong, dan Puluhan Musalla di Dalam Bangunan.
Senarai Restoran Makanan Halal Di Hong Kong.
Hong Kong mempunyai penduduk melebihi 6 juta orang. Sebuah wilayah dan kepulauan berasal milik China, kemudian dijajah British dan kini kembali kepada China. Masyarakatnya dari pelbagai kaum dan atnik dunia menghuni disini. Agama dan amalan yang super multi terdapat disini.

Masyarakat super multi ini juga terdapat satu keajaiban kelompok yang disatukan dengan Islam.
Mereka yang merantau lama dulu dan yang terkini, berhijrah ke Hong Kong dengan mengharap satu hidupan baru yang lebih baik.

Sebahagian mereka yang pernah tinggal negara asal dibawah pemerintah beragama Islam yang korup(rasuah) mencengkam dan menipu rakyat. Ini antara punca mereka datang ke Hong Kong bagi mencari keadilan. seperti kata Said Nursi Badiuzaman " Aku melihat barat sedang mengandung anak Islam, Aku melihat timur sedang mengandung anak barat". Kemudian di ungkap juga oleh beberapa ulama besar " Aku pergi ke Barat, aku tidak jumpa orang Muslim tapi aku melihat Islam. Aku datang ke Timur aku dapat lihat ramai Muslim tetapi aku tidak dapat melihat Islam". Semua Raja dan Presiden mereka mengaut harta kekayaan yang sampai tak mampu menghabiskan walaupun berbelanja besar. Mereka menyimpan harta melimpah ruah ini di bank-bank barat yang akhir hujung kisahnya, bank barat akan bekukan harta mereka ini apabila mereka tua dan lemah atau digulingkan. Mereka tak pernah serik dengan kes-kes di bekukan harta oleh barat.

Mereka yang berhijrah ke Hong Kong kini boleh berbangga dengan kejayaan yang mereka buat samaada dalam ekonomi dan mengembangkan Islam. Kini kita dapat melihat kesatuan(berjamaah) mereka ini, dengan mereka mempunyai data base semua jenis pengusaha Muslim.

Kini kita juga boleh mendengar ucapan 'Salam' di sepanjang jalan di Hong Kong. Bukan dari kaum mendatang sahaja, malah makin ramai dari bangsa peribumi. Masjid di bina besar. Mereka membelanjakan harta mereka membeli unit-unit rumah pangsa dan apartment untuk di jadikan Musalla.

Mereka juga amat disenangi oleh rakyat ramai, kerana amanah dan rajin. Kalau Dato Hasana Ali tinggal disini mungkin lain bunyinya...

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing