Kaya Kalau Di Negeri Orang
Benkel Kereta Di Hong Kong yang kemas dan bersih, tak macam di Malaysia. Mekanik Malaysia mampu baiki kereta 3 buah sehari, tetapi terima kerja 20 kereta.
Anis Dari Nigeria Sedang Memasang Kamera Belakang di Lori Pengankutan
Anis dari Nigeria. Mubarak Dari Pakistan Menjadi Pengusaha Berjaya Di Hong Kong.
Antara Kenderaan Yang Menjadi Pelangan Anis.
Sepanjang perjalanan saa di Hong Kong buat kali keberapa ini, saya dapati masyarakat Islam menjadi pengusaha yang berjaya di sana . Mereka yang berasal sama ada dari benua Afrika seperti Nigeria, atau Asia Selatan seumpama Pakistan dan India, maupun Asia Barat seperti Lubnan, Syiria.
Anis seorang mekanik dari Nigeria, kalau dia kekal dinegara asal, mungkin dia menjadi peladang atau buruh kasar yang susah dan hidup melarat. Dengan dia berhijrah dan menetap di negara orang seperti Hong Kong, Anis mampu menjadi Makanik yang memperolehi pendapatan sehari melebihi HK10,000.oo(Hong Kong Dolar Sepuluh Ribu) bersamaan Ringgit Malaysia Lima Ribu. Dia juga kuat beribadat, dan berjaya merialisasikan kerjayanya sebagai Ibadat, ini yang mampu dia luahkan kepada saya semasa berbual sambil bekerja.
Mubarak dari Pakistan yang pernah berkahwin dengan perempuan Florida USA dan berpisah dengan mendapat seorang anak. Kini Mubarak berkahwin baru dengan wanita Pakistan dan beranak 3. Beliau amat berjaya dengan menceburi usaha Logistik dan pengankutan. Sering ke Jepun membeli kereta terpakai untuk di ekspot kenegara ketiga dunia. Beliau kini mendapat kerakyatan Hong Kong. Dalam sembang sambil kerja dengan saya sambil mengikut beliau kemana dia berurusan, beliau memaklumkan yang beliau mendapat HK6000 dari kerajaan Hong Kong pada tahun ini sebagai sumbangsih kerajaan Hong Kong yang ada lebihan dana tahun ini. Setakat kerajaan Pulau Pinang bagi warga Emas, Anak Emas, RM100, tak ada apa-apa la. Kalau banding dengan kerajaan BN, langsung jauh pangang dari api.....
Comments