Mungkin DAP Intai Dr Asri Calon DAP PRU 13

Dengan berita bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan Aspan Alias menyertai DAP, memperlihat parti .DAP sebagai sebuah parti politik yang telah berjaya mengetuai pemerintahan PR di Pulau Pinang sedang berusaha keras untuk membaharui wajah parti. Bagi menempatkan parti DAP ditengah masyarakat Malaysia, DAP mesti mengikis tuduhan BN dan UMNO, bahawa DAP parti perkauman Cina.

Tuduhan ini telah menjadi stigma buruk DAP kepada masyarakat Melayu Malaysia, khusunya Pulau Pinang . Untuk mengikis pemikiran ini DAP berusaha menawan pimpinan Melayu . Tindakan DAP juga dilihat perlu bagi mengembangkan sayap DAP atau pengaruh DAP ke beberapa negeri di Semenanjung, seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perak yang sediakala DAP majoriti, dan Sabah serta Sarawak.

DAP dalam usaha keras ini tidak mustahil akan menawarkan kepada tokoh-tokoh Melayu yang bersih dan bekarisma untuk menjadi calon DAP pada PRU 13. Kemungkinan besar DAP sudah menghulur tangan kepada tokoh Melayu Dr Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis ada rasionalnya, kerana beliau yang dilihat mempunyai karisma, keterbukaan dalam agama serta kesamaan dalam perjuangan keadilan sosial , korupsi juga sering mengenengahkan kelemahan pengurusan kerajaan ini. Beliau dan ramai lagi tokoh melayu mungkin akan mampu ditarik DAP dengan rekod pencapaian pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang satu penggal, samada peruntukan kepada Agensi Agama Islam, Kesederhanaan dan telus Pemimpin Kerajaan Negeri, Pertumbuhan ekonomi serta basmi kemiskinan.

Kalau Rashid Ganusi ulama tersohor Tunisia boleh nyatakan Tunisia akan mencontohi Sweden, sebuah negara non Islam membuat pencapaian indek rasuah terbaik dunia, kenapa pula tidak mungkin Dr Asri?

Cg Bad yang tidak mempunyai tempat bertanding PRU13 atas parti politik, sebaliknya beliau menjadikan Solidariti Anak Malaysia sebagai badan memperjuangkan hak rakyat. Ini bakal menarik beliau bertanding kerusi oleh DAP pada PRU13 .

Adam Adli yang menjadi juara mahasiswa sekarang ini juga kalau ditinggalkan oleh parti politik lain, memungkinkan DAP mengambil beliau sebagai calon..Dengan keadaan ini menunjukan DAP mendahului UMNO dalam Winnable Candidates.

Strategi ini pernah digunakan oleh Almarhum Dato Hj Fazil Nor Presiden PAS pada PRU 10, 1999 lalu mencalonkan.  Dato Hassan Ali, Dato Ismail Kamus, Taib Azmudeen Md Taib Imam Masjid Negara. yang pada masa itu terdiri Winnable Candidates  cuma sekarang sudah luntur pengaruh mereka, dan perlu kepada tokoh baru dan idola lebih menonjol .


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan