PERKIM Jadi Kontraktor Dr Mahadhir

Apa kelebihan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ada hingga membolehkannya dianugerahkan projek pembinaan jalan yang bernilai RM270Juta ketika Mahathir berkuasa sebagai PM?

Dan bagaimana sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Islam iaitu PERKIM boleh melibatkan diri dalam pembinaan jalan yang bernilai RM270Juta? Yang jelas telah lari dari matlamat awal penubuhannya.

Tujuan dan Matlamat PERKIM, sebagaimana yang ditetapkan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa PERKIM ditubuhkan ialah menyampaikan Islam kepada orang bukan Islam khususnya dan umat manusia amnya sebagai amalan ikhlas tanpa apa-apa ganjaran selain daripada keredhaan Allah S.W.T.

Dan dalam masa yang sama 3 pemegang amanah Pertubuhan tersebut dari cawangan Damansara Utama pernah dituduh pecah amanah Disember lalu.

Mereka ialah Datuk Ariffin Suhaimi,74, Pengerusi PDU bersama dua lagi pemegang amanah Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam,60, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan di baca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebagai pemegang amanah kepada PERKIM Damansara Utama – yang telah diamanahkan dengan wang balasan daripada projek menaiktaraf jalan B9/FT015 dari Lapangan terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh yang berjumlah RM3,700,000, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama di antara 1 April 2002 dan 22 April 2004, di pejabat PERKIM Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya – sepenuhnya sila baca di SINI

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan