Siput bagi wang pada kita, kita tak perlu susah payah beri siput makan.Panggilan namanya Kupang di selatan tanah air atau Siput Sudu di utara Semenanjung,Sejenis makanan laut yang digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dikalangan penggemar makanan laut. Harganya mampu mencecah RM5 sekilogram,berat cengkerang dari isinya jualnya seperti jual batu beratnya. Bertempat di Pulau Betong, Balik Pulau, usaha ternak ini mendapat hasil yang cukup lumayan dan mudah sekali, lepas sahaja benih ke laut yang dilekat pada tali tali yang terjuntai ke laut, kutip hasilnya setiap hari selepas lapan bulan, tak perlu beri makan,tak perlu bagi rawatan, tak perlu urusan penjagaan yang insentif, siapa berminat boleh hubungi saya, kita buat lawatan pada sabtu 26hd disember 2009 jam 9 pagi.
Cina Islam belajar sendiri tanpa ada guru Islam yang nak bantu mereka. Yang pandai sikit, ajar yang kurang pandai. Ilmu mereka kurang. Iman mereka tak kurang. Cina Baru Islam Belajar Rukun Solat Jika aku rasa beban, letih, marah dan sia2 kerja ini. Aku boleh saja tinggalkan beban ini. Tapi Allah tak perlu pada aku. Aku yang perlu pada Allah. Kisah Nabi Yunus a.s. di utus kepada Bangsa Asyiria bandaraya Ninawa di wilayah Mosul Iraq. Benar2 menyentak mata hati aku. Setelah Nabi Yunus a.s. tidak dapat sambutan dan rasa tidak berjaya mengajak penduduk beriman kepada Allah. Membawa hati yang kecewa dan marah. Nabi Yunus meninggalkan Kaum Asyiria, Baginda keluar kota Niwana yang maju, menuju pelabuhan Jaffa(sekarang dalam jajahan Israel) Nabi Yunus menumpang sebuah kapal yang akan ke Tarshish. Dalam perjalanan ini. Nabi Yunus di takdirkan Allah terjadi pilihan untuk di buang dalam laut Maditeranian, kerana Kaptain kapal nak kurangkan berat kapal yang sedang menghadapi gelom...
Selesai Problem Business sebelum masuk mesyuarat. Ayah3... ada apa2 petang ni? kena buat mesyuarat segera. Rangkaian DBM Hospital yang makin bertambah dan merebak ini, telah diurus oleh anak2 saya. - Seorang jaga Akaun dan Finance. - Seorang jaga HR dan Marketing. - Seorang masih belajar arkitek. Dia jaga properti dan design. - 2 orang lagi, perempuan dalam bidang doktor dan Nurse, sedang menanti waktu untuk berperanan. Mereka semua diletak bawah seorang asing(bukan Keluarga) selaku Pengurus Besar(GM). Dan di bawah tadbir anak2 ini, mereka dibantu oleh 6 tenaga mahir bidang masing2. Seorang anak yang jaga(Pengurus) HR dan Marketing. Dia baru posting balik dari Johor dan akan berkhidmat di HQ. Untuk lebih serius dan focus. Bila dia masuk office dan bergelumang secara langsung dengan dokumen dan staff seluruh operasi dan rangkaian DBM. Dia baru melihat, terlalu banyak masalah dan problem. Semua department dalam pengurusan ada masalah. Dan kakitangan bercakap- cakap...
Comments