Bangladesh Subur Budaya dan Agama


Bangladesh yang mempunyai penduduk Islam 95 peratus adalah sebuah negara yang cukup subur dengan budaya dan kesusilaan dalam kehidupan mereka.

Agama Islam menjadi mereka satu bangsa yang baik dan harmoni. Sepanjang 5 hari aku disana , aku tidak dapat melihat pergaduhan. Aku juga tidak dapat melihat sebuah kedai pun yang menjual arak, jangan pula nak cari Night Club atau Karauke Kelab.

Mereka bangsa dan warga yang baik dan sering membantu kepada kesusahan orang. Dalam kepadatan yang tinggi penduduk kota xdan desa mereka dapat mengekalkan kebersihan.

Harga hartanah di Dhaka, ibukota Bangladesh jauh lebih tinggi dari harga di Malaysia, tetapi semua perumahan dan pembangunan unit kedai penuh berisi.

Satu yang agak luar biasa ialah dalam kepadatan penduduk yang rata-rata berwajah ala pelakun Bolywood itu, tidak aku jumpa mereka yang berpeleseran berdua-dua bukan mahrim.





Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing