MECCA Kekuatan Perkaya Manafaat

MECCA (Muslim Economy & Culture Council  Affairs). Satu idea yang dilempar 2 tahun lalu kepada kawan kawan. Ramai yang beri pandangan positif terhadap idea ini. ringkas dan mudah.

Pulau Pinang sebuah negeri yang subur perkembangan Islam.
Pulau Pinang mempunyai Infrastruktur yang bertaraf Global.
Pulau Pinang mampu menjadi tuan rumah kepada Hub Islam Global.
Pulau Pinang mempunyai kebebasan politik dan ekonomi yang baik.

Untuk merialisasikan dan menghasilkan manafaat berganda dari kelebihan diatas, Pulau Pinang hanya perlu melakar 2 subjek utama.

1. Menghimpun kekuatan/keupayaan Pakar.
2. Meletak Tanda Aras

Hasil lontaran idea bagi mendapat tindakbalas yang positif selama 2 tahun untuk matangkan idea ini, dan rancangan untuk melancarkan harapan besar ini di United Kingdom sebaiknya Kota London, kini hampir tercapai.

InsyaAlah pada 27 Ramadhan bersaman 25hb Jun 2014 ini MECCA akan dilancarkan di Britain .

MECCA kini mendapat partner baru, Rizal Hafiz Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, seorang yang awal  terlibat dalam penubuhan IDEAS di UK dulu, bersetuju melakukan sekali lagi perkara yang sama terhadap MECCA disana.

Dalam perbincangan saya dengan beliau tak sampai 2 jam selepas itu, beliau telah mendapat  sokongan baik dari Wan Saiful CEO IDEAS, dan terus melakarkan nama nama besar seperti Tan Seri Ali Hashim mantan Johor Corp. Dato Faiz VP Price Waterhouse. Mereka ini pakar pasal Wakaf Commercialization di Malaysia.

2 hari sebelum puasa, dalam diskusi ringkas saya bersama Ramadhan Firi Dato Elias Zakaria VP Maybank Islamik, di Ancasa Hotel Kuala Lumpur.  Ramadhan cadangkan nama Prof Ali Baharum mantan Presiden ANGKASA yang juga saya pernah bertemu bulan lalu. Prof Ali seorang pakar kewangan dan wakaf diMalaysia ini.

Insyalah dengan asas asas ringkas sebagai permulaaan ini, Pulau Pinang akan melihat penambahan Umat dan pemilikan harta Individu Islam, Agensi Islam dan Wakaf Islam di Pulau Pinang dalam masa terdekat, dan selanjutnya.

Dengan kekuatan 1700 ekar lebih keluasan tanah, ratusan pintu bangunan kedai dan rumah, serta hampir RM90 juta pungutan zakat.
Yakinlah, tanpa menghilangkan atau mengurangkan semua milik ini, Islam Pulau Pinang mampu 'PERKAYA MANAFAAT'
Tanggungjawab Kita, Sediakan Masa Depan Mereka
Cukup. Tanah Tempat Tinggal, Makan Dan Pekerjaan

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing