Uptown Meniaga Untung Semua

memberi Tazkirah selepas Tarawih
Semua peniaga bazar di Uptown PERDA ni menyimpan hasrat untuk menjadi Abdul Rahman Auf r.a. Mereka yang berhijrah dan memulakan kehidupan tempat baru ini, sudah pasti meletakkan cita cita tinggi menjadi juara jualan dan menguasai pasar ini, seperti mana kisah pasar Madinah dikuasai oleh Abd Rahman Auf r.a.
Solat witir Imam TKM1 Dato Rashid
Kerajaan mesti menerima peniaga bazar ini seperti mana , kerajaan berusaha menarik Foreign Investors. Kepentingan mereka sama. Menghidupkan persekitaran ekonomi tempatan.
Raja Raja Melaka telah berjaya menarik kemasukan perdagangan sehinggakan menjadi pusat dalam peta dunia. Sepertimana Pulau Pinang selepas merdeka, telah menarik pedagang melalui FTZ, sehingga menjadika ekonomi Pulau Pinang berkembang melalui kemasukan penduduk yang merangsangkan pengguna semua sektor.
Kesilapan mengurus pedagang2 ini seperti mana kesilapan mengurus Pasar Kemboja di Selatan Seberang Perai, menyebabkan mereka ini berpindah ke Kedah, dan memberi Impak kepada ekonomi Kedah.

Kesan Tumbuh Bazar dan Maju Perniagaan.

1  Mereka menggalakkan perniagaan luar dan tempatan
2.  menggalakkan aliran kemasukan orang, menambah pertumbuhan penduduk.
3. Menark tumpuan semua sektor 


Jamuan selepas lawatan ke gerai2
Peniaga2 bazar ini juga mempunyai rekod jelas dalam membuat kebajikan dan mengembangkan agama. Kebanyakan Masjid dan tanah tanah wakaf yang terbina dan disumbang mereka kalangan peniaga bazar di seluruh Pulau Pinang. Mereka juga menjaga kebajikan sesama mereka dan orang tempatan dengan sumbangan kewangan yang besar peranan.
Koperasi Mikro kredit juga berkembang sehingga menjadi Bank besar kini, hasil tangan Bazar.
Koperasi Mikro Kredit Rope Walk Bagan yang '0' NPL( 'zero' hutang tak berbayar) disebabkan disiplin pedagang bazar.
Melawat gerai
Kerajaan melalui semua agensi, hendaklah berusaha menambah bilangan peniaga peniaga kecil ini, dari masa kesemasa. Terutama lagi, Agensi agama Islam yang mempunyai prospek tanah dan dana, untuk melipatgandakan peniaga kecil ini.
TAMBAH PENIAGA , TAMBAH EKONOMI.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing