Posts

Showing posts from 2019

Tauke; Mesti Berani Jadi Kuli

Image
Ketagih Rojak Tonggek Permatang Pauh. Syukur hari ini boleh jumpa Din. Dia tauke Rojak Tonggek. Melayu Bermaruah berdiri dengan kegugihan dan tulang empat kerat. Beliau gigih berusaha dari sebelum ini bekerja jadi kuli dengan perniagaan orang. Kemudian Din berusaha meningkat prestasi diri, dan berubah sebagai penjual di stall kecil depan Hospital Buttetworth.  Dia sendiri menggunakan motosilal cup chai buruk dengan  carear di belakang, pergi pasar beli buah, sendiri jadi pemotong buah, cucuk buah di lidi dan jual. Semua dia buat sendiri memahirkan diri dengan teknik. Sehingga hari ini, Din sudah ada stall di Permatang Pauh dengan pekerja bergaji. Sebab kuah rojak yang sedap gila, hasil resipi sendiri... Din sudah melangkah jauh sebagai pembekal kuah rojak kepada banyak penjual rojak buah di seluruh Pulau Pinang dan Kedah. Stall dia sekarang sudah ada 4 pekerja.  Dari seorang kuli, Din sudah mampu membayar gaji orang. Mampu mengurus sumber manusia, mengurus ke...

Siapa Melayu Bermaruah.

Image
30 tahun lalu, saya kenal seorang pemuda yang gigih. Beliau berhenti kerja kilang dan menjadi kuli atau driver Van kilang. Beliau sanggup tidur dalam van di tepi jalan, demi untuk memenuhi tuntutan kerja, supaya dia sampai ke lokasi untuk angkut penumpang dikalangan pekerja kilang yang akan pergi dan pulang kerja di kawasan kilang Bayan Lepas. Sebagai kuli bawahan upah yang dia terima sekitar RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu sahaja). Kalau dinilai masa dan tempuh waktu kerja dan cara kerja dia buat, tidak berbaloi. Begitu kawan saya bekerja. Dia berkorban hidup sepenuhnya kepada kerjaya berat tetapi bergaji rendah. Masa kerja tak mengizin dia tidur di katil empuk dan tidak sempat makan hidang seperti orang lain, melainkan nasi bungkus yang dicampur lauk dan kuah dalam satu bungkusan nasi, dan satu bungkus air.   Selepas 2 tahun menjadi pemandu dengan upah tak seberapa. Johari sudah ada pengalaman. Dia beranikan diri  mengorak langkah membeli Van untuk angkut penumpang denga...

SUNTIKAN VAKSIN SATU LANGKAH KE ARAH MENINGKATKAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DI BALIK PULAU

Image
SUNTIKAN VAKSIN SATU LANGKAH KE ARAH MENINGKATKAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DI BALIK PULAU

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Image
Kisah meriam Singgora di Kota London. Kerajaan Singora atau 'Kota Singa' ini pernah menjadi  satu wilayah yang termashor sebagai pusat perdagangan sekitar 1600.       Pemerintah kerajaan dari keturunan Parsi ini bermula dengan pedagang dan Ulama Parsi yang datang ke Singora.  Dato Mogol telah sampai ke sini dan membuka wilayah ini, dan memerintah wilayah Singora dengan restu kerajaan Siam dibawah Raja Ayutthaya sekitar tahun 1600 Bila Dato Mogol mangkat, dia diganti oleh anaknya Sultan Sulaiman Shah pada 1620 dan memerintah Wilayah Singora sehingga Patalong dan Chaiya.       Sultan Sulaiman telah memajukan pelabuhan Singora, dan menjadikan pelabuhan bebas cukai bagi mereka yang membina gudang2 dan perusahaan pinggir pelabuhan Singora.         Kemajuan ini menjadikan Kerajaan Patani dan Kerajaan Kedah agak cemburu dengan Kerajaan Singgora, juga kerajaan Siam mula merasa satu ancaman kepada mereka.       ...