A100 Datsun ke Merc.
Ziarah Ust Zakaria Ahmad satu nama yang tak asing di kalangan ahli Politik, Pendakwah dan ahli gerakkan Islam.
Saya banyak masa bersama Ustaz di tahun 1990-2000. Iring dia mengajar di Kg Perlis Balik Pulau. Bawa dia berceramah dan kadang2 teman dia bawa usrah di cawangan2 PAS.
Kebetulan. Kebanyakan Cawangan2 PAS, dan ada Kawasan PAS di Pulau Pinang. saya terlibat tubuh atau membahrui.
Kami berkawan sepanjang jalan. isteri Ust Zakaria melahir anak bongsu mereka, di DBM Hospital Permatang Pauh milik saya.
Ada satu masa. Semasa saya di Hong Kong. Ustaz Zakaria pernah call saya.
Zol! Depa tulis nama enta di papan derma tu. Zol bin Md Zalim derma RM10 ribu. Depa tulis Zalim. Ana dah suruh depa betoi dah. Kejadian semasa muktamar.
Semasa peringkat awal Ustaz Zakaria datang mengajar di Balik Pulau. Kuliah 2 petang Ahad. Masa itu Ustaz bawa kereta Datsun A100. Saya paggil kereta Buah Kana. Sebab dia kontot.
Setelah setahun mengajar di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ustaz tukar Mercedes Benz second hand.
Pakai kereta ni lega badan sikit. Zol. Sampai saja, boleh terus mengajar. Kalau dulu. Sampai kena rehat 15 minit. Baring2 badan. Baru boleh mula mengajar..Kata ustaz
Saya dah guna Mercedes C200 warna merah. Kereta ini bila saya ulang alik ke Terengganu melawat cawangan hospital saya yang diterajui Doktor wanita, anak saudara Ust Hadi . Memang rasa selesa. Sampai saja Kuala Terenggani. Terus saya kerja. Beza rasa, bila saya bawa Proton Saga.
Hari ini saya ziarah Ustaz Zakaria Ahmad terlantar kerana ketumbuhan dalam kepala. Dia tetap ingat saya. Isteri dia juga masih ingat. Dia ceritakan masa melahirkan anak lelaki Bongsu di DBM Hospital Permatang Pauh.
Sekarang anak ini sudah besar dan ada profesion sendiri di Bertam.
Saya tunjukan video2 ucapan syahadah dalam telepon saya Kepada Ustaz.
Dan. saya ucap terima kasih kepada Ustaz. Kerana dulu sering suruh saya ajak orang bukan Islam masuk Islam. Sekarang saya dah lakukan.
Ustaz senyum kepuasan melihat video. dan bila dengar kata terima kasih saya
Kalau Izin Allah. Saya hadiahkan semua amal ini buat Ustaz
Semoga Allah sembuhkan Ustaz Zakaria Ahmad. Dan dia boleh terus menabur bakti mengajar.
Comments