Mengelak dan Berjaya.






Tun Jana Khatib difitnah dibunuh.                              Todak Langgar Sigapura.                                     Bijak Hang Nadim mati dek cemburu.

Langkah kaki mencari kebesaran kejayaan di Aceh, bumi penuh nostagia dan sejarah . 

Aceh pernah menjadi kuasa besar . 

Aceh pernah bersama Othmaniah Turki sebagai kerajaan besar dunia.

 Kisah Tun Jana Khatib yang masyor, juga berasal dari Aceh atau nama besar dulu Pasai. Sebuah kerajaan dan bumi ambia dan perdagangan besar

Tun Jana Khatib seorang Alim dari Pasai telah merantau ke Singapura. Langkah bagi membuka lembaran dakwah&politik baru dan sambil berdagang disana.

Di Singapura nama Tun Jana Khatib meniti dari bibir ke bibir penduduk. Tun Jana Khatib seorang gagah, bijaksana, berjaya dan bersantun lemah lembut dengan orang ramai di Singapura.

Satu hari sedang lalu didepan istana Raja di Singapura. Putri di istana.  Putri Pinang Masak, telah memandang Tun Jana Khatib dengan pandangan minat dan mengoda. 

Apabila mata bertemu mata. Tun Jana Khatib melihat Putri Pinang Masak merenung tajam. Tun Jana Khatib melontar pendangan dan kena pada sepohon Pinang. Maka terbelah dua Pohon Pinang tadi.

Lalu secara lekas,  dia terus beredar dari dari kawasan Istana. 

Apabila pandangan tajam membelah Pokok Pinang, peristiwa itu sampai ke pengetahuan Raja, oleh pembesar dan pengampu dalam perspektif kianat dan cemburu. Raja menjadi marah. dikiranya, kerana Tun Raja Khatib sengaja nak menunjuk kehebatan di depan Puteri baginda. Dan memikat Tuan Putri.

Lalu baginda mengarahkan Tun Raja Khatib dibunuh. Dan pasukan Raja dengan tipu helah  telah berjaya menahan dan menikam bagi tujuan membunuh Tun Jana Khatib. 

Setelah ditikam berdarah. Tun Jana Khatib telahmengingatkan semua penduduk Singapura. Singapura akan dilanda bencana besar.

Semasa nak di kuburkan Tun Jana Khatib. Jasad hilang. Tapi darah masih disana.

Pantun Melayu tersebar

Telur itek dari Singgora                                 Pandan jangan dilakahi                                   Darah titik di Singapura                                    Jasad di Langkawi.

Penduduk langkawi mendakwa mereka jumpa jasad Tun Jana Khatib terdampar di pantai dan dimakam di Langkawi.

Saya berkongsi kisah ini dengan anak menantu, Tour Guide dan pemandu saya di Aceh Besar dan di Pulau Sabang. Untuk mengelak fitnah fan melebar emapayar. Kita mesti rujuk seperti mana Sulatan Murad Bapa kepada Muhammad Fatih.

Kejadian ini mengimbau semasa menyusuri kisah2 yang aku baca di buku2 hebat berkenaan Pembukaan Istanbol.
Istanbol atau nama asal Islambol. Sebuah wilayah di Eropah yang di tawan  Turki.

Semasa Sultan Murad 11, bapa kepada Muhammad Al Fatih berusia 30an. Dia terpaksa menangguhkan hasrat mara kehadapan menawan Istanbol.

Ini kerana, sedang dia mara kehadapan, pemberontakan berlaku di wilayah2 belakang.  Sultan Murad terpaksa menoleh dan menghadapi masalah dalaman yang dicetuskan oleh seorang berniat menjadi ketua dan pemimpin secara adu domba dan mendapat sokong orang dihadapan yang gentar dengan kejayaan demi kejayaan Sultan.

Hasrat Sultan Murad ditunaikan anak beliau Mehmed atau Muhamad Al Fatih, dia yang terlatih dan dilatih Sultan sendiri.


Sambung lagi kepada anak2 dan pemandu pelancung.

Pernah sekali syarikat kita diserang oleh gergasi koperat. Mereka mencuri kakitangan utama dan beberapa pembantu kanan nadi syarikat. Tapi alhamdulilah kita berjaya ealk aerangan dan tekanan ini dengan melihat solusi2 sejarah ini.

Berhijrah mencari tapak baru dan meluaskan empayar itu satu tindakan bijak.

Tapi di dunia siber ini. Maksud dan difinasi kembang dengan hijrah agak berbeza.

Ilon Musk dan beberapa nama besar berjaya menjadi bilionair dunia kerana membeli dan menguasai syarikat milik data tertinggi. Dengan Data ini. Empayar ini merayap mengembang sayap ke semua pelusuk dunia.

Mengelak ditikam yang lebih besar, adalah dengan menjadikan diri besar. 

Tapi ramai juga tertikan dengan fitnah dan terkandas.sebelum sempat capai.

Dari bumi Aceh

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing