Terkafir kerana Anjing

 


Aku mula disapa dan di adu masalah orang masuk Islam(mereka panggil Mualaf), setelah 30 tahun aku berkawan di Masjid Permatang Pauh Seberang Perai.


Setelah mereka(penduduk dan kaki Masjid) tahu aku selalu Islamkan Cina dan Hindu. Setiap kali aku ke Masjid. Kalau aku lepak lebih masa. Pegawai Masjid, dan ada kala, anak muda akan membawa aduan...

Antara aduan...
Orang Cina ni, tak tau la, dia Islam ka tidak?
Dia ramah, selalu tegur dan sapa kami orang kampung. Kadang2 dia bagi salam....!
Ini bahas kebanyakkan pengadu orang Melayu di Masjid Permatang Pauh.

Mereka ni ramai mahir agama, jaguh berbahas pasal aliran Asyairah. Marturdiah, salafiah. Wahabi.
Semua depa jaguh.
Ustaz2 depa jemput pula, lagi 'Hero' jika boleh tajamkan tajuk2 ni.
Cakap mereka kalau tak ikut. KOMTAR pun bergoncang

Ada panggil aku 'Abang', 'Haji', 'YB'.
Boleh tolong pi tengok sat.!! Seru mereka minta tolong.

Hampa pi tanya dia terus terang saja. Hang Islam ka tidak?? 
Kalau Islam, ajak mai Masjid.
Kalau dia tak Islam lagi, Ajak masuk Islam.!!
Bukan kita nak buat dia. Nak tanya saja. Takut apa, Tak salah pun...!! aku cuba  yakinkan mereka.

YB biasa dah..!!. Tolong pi tanya sat.! Counter back depa.

Satu lagi, Cina duduk hujung kampung tu. Tepi parit Tali Air. Dulu dia mai Masjid. La tak mai dah.

Satu aduan lagi...Dia ni sat masuk. Sat keluar Islam. Dia pun la ni di rumah, anjing pun banyak dia bela.

Pi tanya sat. Dia apa nak jadi..!!. arahan kepada aku..Macam aku makan gaji dengan depa.

Aku tanya depa...Awat tak pi ajak dia? Bukan salah pun..!!.seru aku pada pengadu2.

Susah la. Dia ni anjing pun dia bela . Sat Islam, sat kafir... luah pandangan mereka sebagai  Melayu.

Kalau boleh mereka nak Cina tu masuk Melayu. Jangan masuk Islam.

Aku teringat kisah perbahasan Jilatan Anjing.... di Kelantan sekitar tahun 1937. Berlaku di Istana Sri Cemerlang Kota Bahru.

Kisahnya. Bila Tengku Ibrahim Sultan Kelantan nak bela anjing. Tuanku panggil seorang ulama Hj Nik Abdullah Haji Wan Musa mengadap dan bertanya.

Beta nak bela anjing. Boleh tak?

Ust Nik Abdullah tahu. Melayu ni mazhab Shafee.  Anjing najis. Dan kena samak.
Ikut Imam Malik, tak perlu  samak.

Ust Nik Abdulah pula jenis ulama boleh 'Talfik'(menggunakan amal campur Mazhab).  Zaman itu. Agama ini biasanya mesti ikut satu aliran. Tak boleh amal, campur Mazhab.

Zaman aku sekarang lagi dahsyat. 
Perang mazhab, dengan tak ada mazhab. Hasilnya.
Perang sapa lebih.  Dengan cara menjaja aliran Asyairah. Marturdiah , salafiah.
Wahabi.

Yang bertambah  
TikTok bertambah like dan follower.
Jemputan kuliah lebih. 
Envelop pun lebih...
Orang masuk Islam tak bertambah- tambah juga....

Masa 1935 dan selepas.  Dr Burhanudin Helmi terlibat(pernah jadi Yang DiPertua PAS).

Pandangan Ust Nik Abdulah disanggah Mufti Kelantan Haji Ibrahim Haji Yusof. Dan beberapa Ulama Melayu tradisi.

Dalam perang pendapat ini. Dirakamkan Dr Burhanudin dukung bawa anjing keliling Kota Bahru. Nak tunjuk bukti hukum. Sebab TIK Tok, Instagram dan Fb tak ada lagi.

Perang ini tak ada yang menang atau yang kalah. Ilmu para Ulama tetap di kitab untuk rujukan dan oanduan kita sekarang.

Petang tadi. Aku ajak kawan2 Cina Baru Islam bersama Farhin Timbalan Pengerusi Kariah. pergi ziarah Cina Islam yang mereka kafir, kerana lihat banyak anjing sekeliling rumah dia dalam kampung Cina ni. Kami ajak Cikgu Melayu jiran terdekat, tunjuk lokasi rumah Cina ini fan teman kami sama.

Semasa sampai  aku bagi Salam. Aku nampak kelibat perempuan Cina tua. Dia datang mengintai di tingkap.

Seorang lelaki Cina tua berseluar pendek tidak berbaju. Badan ada sedikit Tatu.

Walaikum salam. Jawab Cina tadi. 
Tuan nama apa? Tanya aku.

Saya Mohamad Taufik... Jawab Cina tadi.

Saya mai, wakil orang kampung dan kawan2 Cina Islam ni. Nak ajak Taufik pi Masjid. Sama-sama  kita berjamaah.

Saya bukan tak mau pi. Dulu saya pi,,, depa dok marah saya. Depa kata kapiaq. Pasai depa nampak anjing jiran2 saya yang banyak duduk di keliling rumah saya.

Rumah Taufiq berkembar dengan banyak rumah Cina dalam kampung Permatang Pauh ni. Dia tiada pekerjaan

Taufik dah makan...?.! tanya saya.
Belum...!. Jawab dia.

Kerja apa sekarang ?  Tanya saya.
Tak kerja...! Jawab Taufiq.
JKM pun dah potong bantuan saya!! Sambung Taufiq.

Saya pun pusing ke Timbalan Pengerusi Kariah dan Cikgu bersama. 
Nanti mai ziarah dia kerap2... !! Minta saya pada pemimpin kampung Melayu.

Taufiq tinggal dengan kakak dia. Dia ni ada makan atau tidak mqkan.  Itu akan jadi tanggungjawab kita  

Pimpinan Kariah Masjid Permatang Pauh perlu dapat pujian. Mereka semua sedang mengorak langkah meningkat upaya Masjid santuni penduduk, dan melebarkan Islam kepada bukan Islam. InsyaAlah. Masa terdekat ni. Kita akan lihat Jamaah Masjid ini penuh Cina.

Bela anjing pun bukan jatuh kafir... sambung saya.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan