Posts

dungu berkeputusan permatang pauh

Sang suria pagi sedang menyinsing di ufuk, rakyat jelata riang ria melihat mentari. gembira rasa menerima cahaya, lebih lagi melihat sang mentari yang terus meninggi, tetapi ada si malas yang cemburu dengan mentari yang menyinsing memedihkan matanya saja, dia ingin terus tidur dibuai lamunan, kalau bagun nanti kena kerja, kalau enggan nanti dikata orang malas, kalau tak pandai kerja nanti dikata bodoh,kalau kalau cakap nanti dikatakan dunggu maka biarlah mentari jangan muncul,aku terus tidur, ayuh bikin cerita biar orang takut sama mentari, sang mentari ni gila menayang diri,, sang mentari ni ada proksinya yang menjolok tinggi, sang mentari ini bisa datangkan petaka kalau dibiarkan, maka para khalayak pun bertanya, jadi bagaimana sang mentari akan tetap menyinsing sejengkal ke sepenggalah?, mana bisa kita tahan atau halangnya'! sidungu pemalas berfatwa kita tutup tingkap dan pintu jangan bersama mereka diluar sana,maka terpisahlah suria dan gelita, dungu dan geliga,bodoh dan bijak,...
Image
Setiausaha Pemuda PAS negeri Pulau Pinang Md Noor mengucap tahniah kepada YB Abd Halim Speaker DUN satu permulaan yang baik bagi mengorak langkah kedepan

Pas Membantu Umno Buntu

Image

Pas Membantu Umno Buntu

Yb Dr Mujahid Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang benar benar menonjolkan sikap PAS yang berkhidmat kepada rakyat untuk kesejahteraan, beliau memimpin parti membantu dan menyelesaikan masaalah rakyat sedangkan Umno dan BN buntu dan diam membatu tentang masaalah 1000 orang diberhentikan kerja dengan penutupan kilang NIKKO di Pulau Pinang, Semuanya hasil tangan BN yang menaikan harga minyak dan menghilangkan kompetetif syarikat syarikat dan seterusnya menggulung tikar, PAS telah memberi amaran awal akibat penstrukturan harga minyak diParlimen July ini tetapi BN rakus kaut keuntungan dengan dasarnya yang mengila itu. Sebagai Ahli Parlimen beliau berjanji akan ketengahkan isu pemberhentian pekerja ini sekali lagi diParlimen dan mendesak kerajaan pusat membantu mendapatkan pampasan kepada mereka segera,beliau juga akan berunding dengan kerjaan negeri untuk membantu mereka ini. YB. dengan jentera klub peyokong PAS, beliau berjaya menyelesaikan hampir 80 peratus dari 500 orang terdiri dari ...

Strategik Planing

Saya menerima email berkenaan cadangan strategik planing untuk PAS Pulau Pinang,ianya bagus kerana penghantarnya berusaha membangunkan lagi PAS walaupun ideanya berkisar kepada rancangan mendekati belia dan usahawan belia dengan mendasarkan plan kerajaan negeri yang memperuntukan belanja besar ke posisi ini, Bagi saya strategik planing bukan strategi, ianya ialah menyediakan persiapan masa depan, dengan mengenalpasti dan membunuh kelemahan sekarang, Oleh itu mengenalpasti kelemahan dan merangka tindakan seterusnya menghasilkan cita cita itu perlu di buat sebagai satu pakej! contohnya; 1. Kepimpinan; Bekecamuknya jentera --- kretiria ketua ---- martabatkan 2. Kewangan; susahnya kantong Parti --- sistem ----- aliran debit 3.Pilihanraya pengundi kurang ------ pendaftaran/ ------- pertambahan Setelah disediakan analisis ini maka plan taktikal dan strategi di putuskan dan dipadankan, maka parti masa depan di lahirkan dalam tempoh yang disasarkan. Ayoh sembang kerja

Syabas PAS

Mendung Politik Malaysia sedang berarak ke Pakatan Rakyat sekarang, dengan suasana ini memberi sedikit sinar mentari kepada PM,menantu dan anak anaknya,sedangkan Timbalanya sedang berhempas pulas dalam gelombang besar yang membadainya,negeri negeri ditadbir PR mula di badai lagi dengan isu isu ribut, Selangor dengan kutipan derma dan gantung kerja Setiausahanya dan terbaru Selangor dengan insiden protes yang mencemarkan, Pulau Pinang bunyi gempita Pimpinan Negerinya di minta turun,sms menjadi siaran popular isu isu ini, dalam pada itu Negeri dibawah PAS agak tenang dan bersantai politiknya,mereka ini nampak dapat meningkatkan kepercayaan orang ramai serta berkeyakinan, PAS terus bergerak mengukuhkan Parti dan strukturnya dalam semua parti parti lain sedang goyah seperti MIC yang tindakan pimpinan mudanya membubarkan jentera dan keluar parti, Gerakkan ditinggalkan pimpinan kanan yang berpotensi,MCA dengan kemarahan ahlinya yang diintip parti. Ini semua mengingatkan saya pada Ahad lepas ...

PAS oh PAS

Semalam berita memaparkan lagi masaalah pekerja kilang yang diberhentikan. ada ibu tunggal yang masih menyara anak,ada keluarga yang mempunyai masaalah kesihatan, semua menghiris jiwa sesiapa yang mendengar dan melihat, azabnya umah di bawah pemerintahan BN di bala Allah, mereka telah gagal menyelesaikan isu masyarkat, ekonomi dan politik,ayoh PAS apa lagi mimpi yang dibuai layankan,kerajaan dah ada, fesalitis tersedia digerakkan, Lajnah jangan lena, apabila itu imbauan fikiran dan hasrat saranan,tiba tiba seorang teman sms jam 11 malam membangkitkan perkara sama , saya terus hubungi dan minta berjumpa segera, tetapi apa potfolio kita nak di tangani, PAS samada parti politik, badan da'wah, jentera kebajikan, gerakan apa gerangan ini?