Fiqh Kelantan




Kelmarin sehari saya bersama Yb Muhamad Hussain Kelantan, setelah lama tak mengamuk susun program saya sekali lagi cuba kemahiran samada skil masih ok,alhamdullilah berjalan lancar, 5 program setengah hari, bermula dengan khutbah Jumaat,lawatan ekonomi, Dailog, Kuliah dan ceramah sebagai penutup, Masjid, dewan JKKK, Surau dan padang habis digunakan,JKKK Bayan Lepas tolong urus/jaga dewan untuk program dailog,Jawatankuasa Kariah Urus Masjid, Peniaga dan Penternak buat demo usahawan,pendek kata semua jalan lancar.Yb sampai awal, langkah kanan kebetulan saya di jemput makan durian di Permatang Tinggi C, sekali saya bawa semua makan, tuan rumah bukan main punya seronok dapat tetamu istimewa,






Dalam menyusun program PAS teringat saya akan matlamat dan rujukkan?kita merancangkan kegiatan yang banyak untuk merubah pemikiran khalayak untuk mencapai keredaan Allah kita perlu kepada rujukan matlamat ini, dalam perjuangan menegakkan daulah dizaman moden ini,terbincang saya dengan YB pada hari itu kalau Sheh Yusof Qardawi sedang mengarang kitabnya 'Fiqh Daulah' kenapa kita tak sediakan kitab rujukan kita sedangkan kita yang sedang melaksanakan segala hukum praktis terutamanya di Kelantan, dari hukum ekonomi Kewangan,Rumah ibadat,Pemilikkan harta,Pendidikan, hubungan luar dan banyak lagi, haruslah di susun satu rekod menjadikan kitab dengan nana 'Fiqh Daulah Kelantan'

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing